Peraturan Twitter

Kami percaya bahawa semua orang perlu mempunyai kuasa untuk mencipta dan berkongsi idea dan maklumat dengan segera, tanpa batasan. Untuk melindungi pengalaman dan keselamatan pengguna Twitter, terdapat beberapa pengehadan tentang jenis kandungan dan kelakuan yang kami benarkan. Pengehadan ini ditetapkan dalam Peraturan Twitter di bawah.

Peraturan Twitter (bersama dengan semua dasar gabungan), Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan yang secara kolektif membentuk "Perjanjian Pengguna Twitter" yang mentadbir akses pengguna kepada dan penggunaan perkhidmatan Twitter.

Semua individu yang mengakses atau menggunakan perkhidmatan Twitter mesti mematuhi dasar yang ditetapkan dalam Peraturan Twitter. Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan Twitter melakukan satu atau beberapa tindakan penguatkuasaan berikut:

  • memerlukan anda memadamkan kandungan dilarang sebelum anda boleh mencipta siaran baru atau berinteraksi dengan pengguna Twitter lain;
  • mengehadkan keupayaan anda untuk mencipta siaran atau berinteraksi dengan pengguna Twitter lain buat sementara;
  • meminta anda mengesahkan pemilikan akaun dengan nombor telefon atau alamat e-mel; atau
  • menggantung akaun anda secara kekal.

Jika anda cuba mengelakkan penggantungan kekal dengan mencipta akaun baru, kami akan menggantung akaun baru anda.

Harap maklum bahawa kami mungkin perlu menukar Peraturan ini dari semasa ke semasa dan berhak untuk berbuat demikian. Versi terkini sentiasa boleh didapati di: https://twitter.com/rules.

Dasar yang ditetapkan dalam Peraturan Twitter ini mentadbir kandungan organik di platform kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peraturan yang mentadbir iklan dan kandungan dipromosikan, sila semak dasar Iklan kami.

Batasan Kandungan dan Penggunaan Twitter

Harta intelektual

Tanda dagangan: Kami berhak untuk menggantung akaun atau mengambil tindakan lain yang sesuai apabila jenama atau tanda dagangan seseorang, termasuk nama perniagaan dan/atau loga digunakan dengan cara yang boleh memperdaya atau mengelirukan orang lain tentang hubungan jenama anda. Baca lebih lanjut tentang dasar tanda dagangan kami dan cara melaporkan pelanggaran.

Hak cipta: Kami akan memberi respons kepada notis dakwaan pelanggaran hak cipta yang jelas dan lengkap. Prosedur hak cipta kami ditetapkan dalam Syarat Perkhidmatan kami. Baca lebih lanjut tentang dasar hak cipta kami.


Kandungan keganasan grafik dan dewasa

Kami menggangap keganasan grafik ialah apa-apa bentuk media yang mengerikan berkaitan kematian, kecederaan serius, keganasan atau prosedur pembedahan. Kami menggangap kandungan dewasa sebagai sebarang media pornografi dan/atau yang mungkin membangkitkan perasaan seksual. Ketahui lebih lanjut tentang dasar media kami.

Twitter membenarkan sesetengah bentuk kandungan keganasan grafik dan/atau dewasa dalam Tweet yang mengandungi media sensitif. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan kandungan sedemikian dalam imej profil atau pengepala anda. Selain itu, Twitter kadangkala mungkin memerlukan anda mengeluarkan keganasan grafik berlebihan sebagai menghormati orang yang meninggal dunia dan keluarga mereka jika kami menerima permintaan daripada keluarga mereka atau wakil sah. Ketahui lebih lanjut tentang cara membuat permintaan sedemikian dan cara menandakan media anda sebagai sensitif.


Penggunaan haram

Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk sebarang tujuan tidak sah atau dalam melakukan aktiviti haram. Dengan menggunakan Twitter, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan yang mentadbir kelakuan dan kandungan dalam talian anda.


Trend

Kadangkala, kami mungkin menghalang kandungan tertentu daripada trending. Ini termasuk kandungan yang melanggar Peraturan Twitter, serta kandungan yang mungkin cuba memanipulasi trend. Baca lebih lanjut tentang perkara yang kami benarkan dan tidak benarkan trend.


Salah guna lencana Twitter

Anda tidak boleh menggunakan lencana, termasuk tetapi tidak terhad kepada lencana Twitter "dipromosikan" atau "disahkan", melainkan diberikan oleh Twitter. Akaun yang menggunakan lencana tidak sah sebagai sebahagian daripada foto profil, foto pengepala, nama paparan mereka atau dalam sebarang cara yang menandakan persekutuan dengan Twitter atau pengesahan daripada Twitter secara palsu untuk memaparkan lencana ini, mungkin digantung.


Salah guna nama pengguna

Menjual nama pengguna: Anda tidak boleh membeli atau menjual nama pengguna Twitter.

Penumpangan nama pengguna: Anda tidak boleh terlibat dengan penumpangan nama pengguna. Beberapa faktor yang kami pertimbangkan semasa menentukan sama ada kelakuan dianggap setinggan nama pengguna, termasuk:

  • bilangan akaun yang dibuat;
  • pembuatan akaun untuk tujuan menghalang orang lain daripada menggunakan nama akaun tersebut;
  • pembuatan akaun untuk tujuan menjual akaun tersebut; dan
  • penggunaan suapan kandungan pihak ketiga untuk mengemas kini dan menyimpan akaun di bawah nama pihak ketiga berkenaan.

Harap maklum bahawa Twitter juga mungkin mengeluarkan akaun yang tidak aktif selama lebih daripada enam bulan. Ketahui lebih lanjut tentang setinggan nama pengguna.

Kelakuan Kasar

Kami percaya dalam kebebasan ekspresi dan dialog terbuka, namun ini tidak membawa sebarang makna falsafah asas jika suara disenyapkan kerana orang takut untuk bersuara. Untuk memastikan pengguna berasa selamat dalam meluahkan pendapat serta kepercayaan pelbagai, kami melarang kelakuan yang melampau batasan sehingga menganiaya, termasuk kelakuan yang mengganggu, mengancam atau menggunakan ketakutan untuk menyenyapkan suara pengguna.

Konteks adalah penting semasa menilai kelakuan kasar dan menentukan tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian. Faktor yang kami mungkin pertimbangkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sama ada:

  • kelakuan ini disasarkan kepada individu atau kumpulan orang;
  • laporan telah difailkan oleh sasaran penyalahgunaan atau pemerhati;
  • kelakuan mempunyai nilai berita dan mempunyai kepentingan awam yang sah.


Keganasan dan kecederaan diri

Keganasan: Anda tidak boleh membuat ancaman keganasan khusus atau menginginkan kecederaan fizikal yang serius, kematian atau penyakit menimpa seorang individu atau sekumpulan orang. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengancam atau menggalakkan keganasan. Anda juga tidak boleh bersekutu dengan organisasi yang — sama ada melalui pernyataan atau aktiviti mereka sendiri di atas dan di luar platform — menggunakan atau menggalakkan keganasan terhadap orang awam untuk mencapai matlamat mereka. Kami akan mula menguatkuasakan peraturan ini mengenai penyekutuan dengan organisasi seperti itu pada 18 Disember 2017.

Bunuh diri atau mencederakan diri sendiri: Anda tidak boleh mempromosikan atau menggalakkan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri. Apabila kami menerima laporan bahawa seseorang mengancam untuk membunuh diri atau membahayakan diri, kami mungkin mengambil beberapa langkah untuk membantu mereka, seperti menghubungi individu tersebut dan menyediakan sumber seperti maklumat hubungan untuk rakan kesihatan mental kami.

Eksploitasi seksual kanak-kanak: Anda tidak boleh mempromosikan eksploitasi seksual kanak-kanak. Ketahui lebih lanjut tentang toleransi sifar kami terhadap dasar eksploitasi seks kanak-kanak.


Gangguan dan kelakuan berbentuk kebencian

Penganiayaan: Anda tidak boleh terlibat dengan serangan yang menyasarkan seseorang atau menghasut orang lain untuk berbuat demikian. Kami menganggap kelakuan kasar sebagai percubaan mengganggu, menakut-nakutkan atau menyenyapkan pandangan orang lain.

Membuat ajakan berbentuk seksual yang tidak diingini: Anda tidak boleh menganiaya seseorang dengan menghantar bahan mengandungi kandungan seksual yang tidak diingini, menjadikan mereka objek dengan cara yang mengghairahkan atau melibatkan diri dengan salah laku seksual.

Kelakuan berbentuk kebencian: Anda tidak boleh menggalakkan keganasan, ancaman terhadap orang lain atau mengganggu orang lain atas dasar bangsa, kaum, asal usul negara, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, fahaman agama, usia, kecacatan atau penyakit serius. Baca lebih lanjut tentang dasar kelakuan berbentuk kebencian kami.

Imej dan nama paparan berbentuk kebencian: Anda tidak boleh menggunakan imej atau simbol berbentuk kebencian dalam imej profil atau pengepala profil anda. Anda juga tidak boleh menggunakan nama pengguna, nama paparan atau bio profil anda untuk melibatkan diri dalam kelakuan yang menganiaya, seperti serangan yang disasarkan atau meluahkan kebencian terhadap seseorang, kumpulan atau kategori yang dilindungi. Kami akan mula menguatkuasakan peraturan ini pada 18 Disember 2017.


Maklumat peribadi dan media intim

Maklumat peribadi: Anda tidak boleh menerbitkan atau menyiarkan maklumat peribadi pengguna lain tanpa keizinan dan kebenaran yang jelas daripada mereka. Definisi maklumat peribadi mungkin berbeza-beza bergantung pada undang-undang tempatan. Baca lebih lanjut tentang dasar maklumat peribadi kami.

Media intim: Anda tidak boleh menyiarkan atau berkongsi foto atau video intim seseorang yang diambil atau diedarkan tanpa keizinan mereka. Baca lebih lanjut tentang media intim di Twitter.

Ancaman untuk dedahkan / godam: Anda tidak boleh mengancam untuk mendedahkan maklumat peribadi atau media intim seseorang. Anda juga tidak boleh mengancam untuk menggodam atau menceroboh maklumat digital seseorang.


Penyamaran

Anda tidak boleh menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi dalam keadaan atau berniat untuk menipu, mengelirukan atau memperdayakan orang lain. Sementara anda boleh mengekalkan akaun parodi, peminat, komentar atau suapan berita, anda tidak boleh berbuat demikian jika niat akaun adalah untuk berinteraksi dengan spam atau kelakuan kasar. Baca lebih lanjut tentang dasar penyamaran kami.

Spam dan Keselamatan

Kami berusaha melindungi pengguna di Twitter daripada penyalahgunaan teknikal dan spam.

Untuk mempromosikan persekitaran yang stabil dan selamat di Twitter, anda tidak boleh berbuat demikian atau cuba melakukan sebarang perkara berikut semasa mengakses atau menggunakan Twitter:

  • Akses, ubah suai atau penggunaan kawasan tidak awam di Twitter, sistem komputer Twitter atau sistem penghantaran teknikal penyedia Twitter (kecuali seperti yang dibenarkan secara jelas oleh Program Twitter Bug Bounty).
  • Kajian, imbasan atau ujian terhadap kelemahan sebarang sistem atau rangkaian atau pelanggaran atau pintasan sebarang langkah keselamatan atau pengesahan (kecuali seperti yang dibenarkan secara jelas oleh Program Twitter Bug Bounty).
  • Akses atau carian, atau percubaan mengakses atau carian, Twitter dengan sebarang cara (automatik atau sebaliknya) selain menerusi antara muka kami yang tersedia pada masa ini dan diterbitkan yang disediakan oleh Twitter (dan hanya selaras dengan terma dan syarat berkenaan), melainkan anda telah menyatakan secara khusus untuk berbuat demikian dalam perjanjian berasingan dengan Twitter. Harap maklum bahawa merangkak Twitter dibenarkan jika dilakukan selaras dengan peruntukan fail robots.txt; walau bagaimanapun, merangkak di Twitter tanpa keizinan nyata kami terlebih dahulu adalah dilarang.
  • Melaksanakan sebarang pengepala paket TCP/IP atau sebarang bahagian maklumat pengepala dalam sebarang e-mel atau siaran, atau dalam sebarang cara menggunakan Twitter untuk menghantar maklumat pengenalpastian sumber yang diubah suai, mengelirukan atau palsu.
  • Mengusik atau mengganggu akses mana-mana pengguna, hos atau rangkaian, termasuk, tanpa pengehadan, menghantar virus, menyebabkan bebanan berlebihan, penspaman, membeban mel perkhidmatan Twitter atau dengan menskrip penciptaan kandungan dengan cara yang mengganggu atau menyebabkan bebanan yang tidak wajar di Twitter.

Sebarang akaun yang terlibat dalam aktiviti berikut mungkin dikunci sementara atau tertakluk kepada penggantungan kekal:

  • Malware/Phishing (Perisian Hasad/Memancing data): Anda tidak boleh menerbitkan atau memaut pada kandungan berniat jahat untuk merosakkan atau mengganggu pelayar atau komputer orang lain atau untuk mengkompromikan privasi seseorang. 
  • Spam: Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan Twitter untuk tujuan menghantar mesej spam kepada seseorang. Spam secara umumnya ditakrifkan di Twitter sebagai aktiviti pukal atau agresif yang cuba memanipulasi atau mengganggu Twitter atau pengalaman pengguna di Twitter untuk mendorong trafik atau perhatian kepada akaun, produk, perkhidmatan atau inisiatif yang tidak berkaitan. Beberapa faktor yang kami pertimbangkan dalam akaun semasa menentukan kelakuan yang dianggap penghantaran spam termasuk:
    • jika anda telah mengikuti dan/atau menyahikuti sebilangan besar akaun dalam jangka masa yang singkat, terutamanya melalui kaedah diautomatikkan (pengikutan agresif atau menjana pengguna);
    • jika Tweet atau Mesej Terus anda terdiri terutamanya oleh pautan yang dikongsi tanpa komentari;
    • jika sebilangan besar orang telah menyekat anda sebagai respons kepada volum tinggi kandungan atau interaksi tidak disasarkan, tidak diminta atau duplikasi daripada akaun anda;
    • jika terdapat aduan spam yang banyak difailkan terhadap anda;
    • jika anda menyiarkan kandungan, balasan atau sebutan pendua atau hampir serupa melalui berbilang akaun atau berbilang kemas kini duplikasi pada satu akaun, atau mencipta akaun duplikasi atau hampir serupa;
    • jika anda menyiarkan berbilang kemas kini pada topik trending atau popular dengan niat memesongkan atau memanipulasi topik untuk mendorong trafik atau perhatian kepada akaun, produk, perkhidmatan atau inisiatif yang tidak berkaitan;
    • jika anda menghantar bilangan balasan tidak diminta atau sebutan yang banyak;
    • jika anda menambah pengguna pada senarai secara pukal atau agresif;
    • jika anda berinteraksi dengan Tweet secara rawak atau agresif (cth., suka, Tweet semula, dll.) atau pengguna (cth., mengikuti, menambahkan pada senarai atau Detik, dll) untuk mendorong trafik atau perhatian pada akaun, produk, perkhidmatan atau inisiatif yang tidak berkaitan;
    • jika anda menyiarkan maklumat akaun pengguna lain secara berulang kali sebagai maklumat anda sendiri (cth., bio, Tweet, profil URL, dll.);
    • jika anda menyiarkan pautan palsu, menipu atau berniat jahat (cth., pautan sekutu, pautan kepada perisian berniat jahat/pencurian klik halaman, dll.);
    • jika anda mencipta akaun, interaksi akaun atau tera palsu;
    • jika anda menjual, membeli atau cuba meningkatkan interaksi akaun secara palsu (seperti pengikut, Tweet Semula, suka, dll.); dan
    • jika anda menggunakan atau mempromosikan perkhidmatan atau aplikasi pihak ketiga yang mendakwa boleh mendapatkan anda lebih ramai pengikut, Tweet semula atau suka (seperti aliran pengikut, tapak yang mempromosikan "lebih ramai pengikut dengan pantas" atau sebarang tapak lain yang menawarkan untuk menambah pengikut atau berinteraksi dengan akaun atau Tweet anda).

Sila lihat artikel sokongan kami tentang mengikuti peraturan dan amalan terbaik dan peraturan automasi dan amalan terbaik untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang cara Peraturan digunakan pada kelakuan akaun khusus tersebut. Akaun yang dibuat untuk menggantikan akaun yang digantung akan digantung secara kekal.

Keterlihatan Kandungan

Akaun dalam siasatan atau yang telah dikesan sebagai berkongsi kandungan yang melanggar Peraturan ini mungkin menyebabkan keterlihatan akaun atau Tweet mereka dihadkan dalam pelbagai bahagian Twitter, termasuk carian. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang situasi yang kandungan mungkin terhad di Twitter, sila lihat artikel sokongan kami pada peraturan dan pengehadan carian.

Serah