Dasar manipulasi platform dan spam

Gambaran Keseluruhan


April 2022

Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan X dengan tujuan menyebarkan atau menahan maklumat secara palsu atau terlibat dengan perbuatan memanipulasi atau mengganggu pengalaman pengguna lain di X.

Kami ingin menjadikan X sebagai tempat orang boleh menjalin hubungan sesama manusia, mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai dan meluahkan diri mereka secara bebas dan selamat. Untuk merealisasikan perkara itu, kami tidak membenarkan spam atau manipulasi platform jenis lain. Kami mendefinisikan manipulasi platform sebagai menggunakan X untuk terlibat dengan aktiviti pukal, agresif atau penipuan yang mengelirukan orang lain dan/atau mengganggu pengalaman mereka.

Manipulasi platform boleh mempunyai pelbagai bentuk dan peraturan kami bertujuan menangani pelbagai jenis kelakuan yang dilarang, termasuk:

  • spam yang bermotivasikan komersial, yang biasanya bertujuan mendorong trafik atau perhatian daripada perbualan di X ke akaun, laman web, produk, perkhidmatan atau inisiatif;
  • penglibatan yang tidak benar, yang berusaha untuk menjadikan akaun atau kandungan kelihatan lebih popular atau aktif daripada keadaan sebenar;
  • aktiviti terlaras, yang berusaha untuk mempengaruhi perbualan secara palsu melalui penggunaan berbilang akaun, akaun palsu, automasi dan/atau penskripan; dan
  • aktiviti berbahaya terlaras yang menggalakkan atau mempromosikan kelakuan yang melanggar Peraturan X.
     

Apakah yang melanggar dasar ini?


Di bawah dasar ini, kami melarang pelbagai jenis kelakuan dalam perkara berikut:
 

Berbilang akaun dan koordinasi

Anda tidak boleh mendaftarkan akaun X secara banyak atau menggunakan automasi untuk mencipta akaun X.

Anda tidak boleh meluaskan atau mengganggu perbualan secara palsu melalui penggunaan berbilang akaun atau dengan menyelaraskan dengan orang lain untuk melanggar Peraturan X. Ini termasuk:

  • menindih akaun – mengendalikan berbilang akaun dengan penggunaan kes secara bertindih, seperti persona yang serupa atau sama atau kandungan yang hampir serupa;
  • akaun yang berinteraksi antara satu sama lain – mengendalikan berbilang akaun yang berinteraksi antara satu sama lain bagi meningkatkan atau memanipulasikan posts atau akaun tertentu agar menonjol; dan
  • koordinasi – mencipta berbilang akaun untuk menyiarkan kandungan duplikasi atau mewujudkan penglibatan palsu, termasuk:
    • menyiarkan posts atau tanda pagar yang sama atau hampir serupa daripada berbilang akaun yang anda kendalikan; 
    • berinteraksi (post semula, Sukaan, sebutan, Undian X) berulang kali dengan post atau akaun yang sama daripada berbilang akaun yang anda kendalikan;
    • menyelaraskan dengan atau memberi pampasan kepada orang lain untuk terlibat dalam interaksi atau amplifikasi palsu, walaupun orang yang terlibat hanya menggunakan satu akaun; dan
    • menyelaraskan dengan orang lain untuk terlibat dalam atau mempromosikan pelanggaran Peraturan X, termasuk pelanggaran dasar kelakuan kasar kami.
       

Penglibatan dan metrik


Anda tidak boleh meningkatkan pengikut atau penglibatan anda sendiri atau orang lain.
Ini termasuk:

  • menjual/membeli post atau peningkatan metrik akaun – menjual atau membeli pengikut atau penglibatan (post semula, Sukaan, sebutan, Undian X);
  • aplikasi – menggunakan atau mempromosikan perkhidmatan atau aplikasi pihak ketiga yang mendakwa dapat menambah pengikut atau menambah penglibatan kepada posts;
  • inflasi timbal balik – berdagang atau menyelaraskan untuk bertukar ikut atau penglibatan post (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyertaan dalam “ikut kereta api,” “dek,” dan kelakuan “post semula untuk post semula”); dan
  • pemindahan atau penjualan akaun – menjual, membeli, berdagang atau menawarkan untuk jualan, pembelian atau perdagangan akaun X, nama pengguna atau akses sementara kepada akaun X.
     

Penyalahgunaan ciri produk X


Anda tidak boleh menyalahgunakan ciri produk X untuk mengganggu pengalaman orang lain.
Ini termasuk:
 

post dan Mesej Langsung

  • menghantar balasan, sebutan atau Mesej Langsung secara pukal agresif dan yang tidak diminta dalam jumlah yang banyak;
  • menyiarkan dan memadamkan kandungan yang sama berulang kali;
  • menyiarkan post yang sama atau hampir sama berulang kali atau menghantar Mesej Langsung yang sama berulang kali;
  • menyiarkan posts atau menghantar Mesej Langsung yang terdiri daripada pautan yang dikongsi tanpa komentar berulang kali supaya perkara ini menjadi sebahagian besar daripada aktiviti post/Mesej Langsung anda; dan
  • Menghantar post frasa atau kandungan sedia ada secara duplikasi, sama ada dilakukan secara individu atau bersama dengan akaun lain. Ketahui lebih lanjut pada dasar salin tampal dan buat duplikasi kandungan kami.

Mengikuti

  • “follow churn” – mengikuti dan kemudian menyahikut sebilangan besar akaun dalam usaha meningkatkan kiraan pengikut sendiri;
  • mengikuti secara membabi buta – mengikuti dan/atau menyahikuti sebilangan besar akaun yang tidak berkaitan dalam jangka masa yang singkat, terutamanya melalui kaedah automasi; dan
  • menduplikasi pengikut akaun lain, terutamanya menggunakan automasi.
     

Penglibatan

  • berinteraksi dengan post secara agresif atau automatik untuk mendorong trafik atau perhatian ke akaun, laman web, produk, perkhidmatan atau inisiatif.
  • menambah pengguna secara agresif kepada Senarai atau Detik.
     

Tanda pagar 

  • menggunakan tanda pagar yang sohor kini atau popular dengan niat memesongkan atau memanipulasi perbualan atau mendorong trafik atau perhatian kepada akaun, laman web, produk, perkhidmatan atau inisiatif; dan
  • Menghantar post dengan tanda pagar yang berlebih-lebihan, tidak berkaitan dalam satu post atau berbilang post.
     

URL

  • menerbitkan atau memaut pada kandungan berniat jahat untuk merosakkan atau mengganggu pelayar (perisian hasad) atau komputer orang lain atau untuk mengkompromikan privasi seseorang (memancing data); dan 
  • menyiarkan pautan mengelirukan atau menipu; cth., pautan sekutu dan pautan yang menculik klik.
     

Apakah yang tidak melanggar dasar ini?


Perbuatan yang berikut tidak melanggar dasar ini:

  • menyiarkan pautan tanpa komentar sekali-sekala;
  • menyelaraskan dengan orang lain untuk meluahkan idea, pendapat, sokongan atau bangkangan terhadap sesuatu tujuan, dengan syarat kelakuan tersebut tidak menyebabkan pelanggaran Peraturan X; dan
  • mengendalikan berbilang akaun dengan identiti, tujuan yang ketara atau menggunakan kes. Akaun ini boleh berinteraksi antara satu sama lain, dengan syarat akaun ini tidak melanggar peraturan lain. Beberapa contoh termasuk:
    • organisasi dengan bahagian atau cawangan yang berkaitan tetapi berasingan, seperti perniagaan dengan berbilang lokasi;
    • mengendalikan akaun peribadi selain akaun yang menggunakan nama samaran atau akaun yang berkaitan dengan hobi atau inisiatif anda; dan
    • bot hobi/artistik.
       

Siapakah boleh melaporkan pelanggaran dasar ini?


Sesiapa sahaja boleh melaporkan akaun atau posts melalui aliran pelaporan khusus kami. Laporan ini digunakan secara agregat untuk membantu memperhalusi sistem penguatkuasaan kami dan mengenal pasti trend dan corak kelakuan baharu dan sedang muncul. 
 

Bagaimanakah saya boleh melaporkan pelanggaran dasar ini?


Dalam aplikasi

Anda boleh melaporkan kandungan ini dalam aplikasi seperti berikut:

  1. Pilih Laporkan post daripada ikon .
  2. Pilih post mencurigakan atau spam
  3. Buat pilihan terbaik yang memberitahu kami cara post itu mencurigakan atau menyebarkan spam.
  4. Serahkan laporan anda.
     

Desktop

Anda boleh melaporkan kandungan ini melalui desktop seperti berikut:

  1. Pilih Laporkan post daripada ikon .
  2. Pilih post mencurigakan atau spam.
  3. Buat pilihan terbaik yang memberitahu kami cara post itu mencurigakan atau menyebarkan spam.
  4. Serahkan laporan anda.

Borang laporan

Anda juga boleh melaporkan kandungan ini untuk disemak melalui borang melaporkan spam kami dengan membuat pilihan saya ingin melaporkan span di X.

Apakah berlaku jika anda melanggar dasar ini?


Akibat daripada pelanggaran dasar ini akan bergantung pada keterukan pelanggaran serta apa-apa sejarah pelanggaran sebelum ini. Tindakan kami juga termaklum melalui jenis aktiviti spam yang telah kami kenal pasti. Tindakan yang kami ambil mungkin termasuk yang berikut:
 

Cabaran antispam

Apabila kami mengesan tahap aktiviti yang mencurigakan, akaun mungkin akan dikunci dan digesa untuk memberikan maklumat tambahan (cth., nombor telefon) atau menyelesaikan reCAPTCHA. 
 

Menyahsenarai URL

Kami menyahsenarai atau memberi amaran tentang URL yang kami percaya tidak selamat. Baca lebih lanjut tentang pautan tidak selamat, termasuk cara untuk merayu jika kami telah tersalah mengenal pasti URL anda sebagai tidak selamat.
 

Pemadaman post dan kunci akaun buat sementara waktu

  • Jika kesalahan manipulasi platform atau spam merupakan kejadian yang terpencil atau kesalahan pertama, kami mungkin akan mengambil beberapa tindakan yang terdiri daripada memerlukan pemadaman salah satu atau lebih posts hingga kepada mengunci akaun buat sementara waktu. Apa-apa kesalahan manipulasi platform yang seterusnya akan menyebabkan penggantungan secara kekal.
  • Dalam kes pelanggaran yang berkisar tentang penggunaan berbilang akaun, anda mungkin akan diminta untuk memilih satu akaun untuk disimpan. Baki akaun akan digantung secara kekal.

Penggantungan secara kekal

Untuk pelanggaran yang serius, akaun akan digantung secara kekal pada pengesanan pertama. Contoh pelanggaran serius termasuk:

  • mengendalikan akaun yang sebahagian besar kelakuan melanggar dasar yang diterangkan di atas;
  • menggunakan mana-mana taktik yang diterangkan pada halaman ini untuk menjejaskan integriti pilihan raya.
  • membeli/menjual akaun;
  • mencipta akaun untuk menggantikan atau meniru akaun yang digantung; dan
  • mengendalikan akaun yang X dapat mengatributkan secara yakin kepada entiti yang diketahui melanggar Peraturan X.

Jika anda percaya akaun anda telah dikunci atau digantung secara silap, anda boleh menyerahkan rayuan.

Sumber tambahan


Ketahui lebih lanjut tentang peraturan automasi untuk pembangun kami, usaha integriti pilihan raya kami, dasar scam kewangan kami, dasar bahan tergodam kami, pendekatan kami terhadap aktiviti berbahaya terlaras dan garis panduan untuk promosi dan pertandingan kami.

Ketahui lebih lanjut tentang jenis pilihan penguatkuasaan dan pendekatan kami terhadap pembangunan dasar dan penguatkuasaan kami.

kongsi artikel ini