Bantuan dengan akaun yang dikunci atau disekat

Kami mungkin mengunci sesebuah akaun atau meletakkan sekatan sementara pada ciri akaun tertentu jika akaun tersebut kelihatan seperti dikompromi atau melanggar Peraturan X atau Terma Perkhidmatan X. Jika anda log masuk atau membuka apl anda dan melihat mesej bahawa akaun anda telah dikunci atau bahawa sesetengah ciri akaun anda telah disekat, ikut arahan untuk memulihkan akaun tersebut atau teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Akaun anda telah dikunci untuk tujuan keselamatan


Jika anda log masuk ke akaun anda dan melihat mesej bahawa akaun anda telah dikunci untuk tujuan keselamatan, ini bermaksud bahawa kami telah mengesan perlakuan yang mencurigakan dan kelihatan seperti akaun anda telah dikompromi. Untuk membuka kunci akaun anda, sila lindungi akaun ini dengan menukar kata laluan anda sekarang.

Jika anda ada alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda, kami juga telah menghantar arahan ke alamat tersebut. Jika anda tidak melihat e-mel daripada kami, sila semak folder spam, sarap dan sosial anda.

Baca petua tentang cara memastikan akaun anda selamat.

Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan tambahan untuk membuka kunci akaun anda.
 

Akaun anda telah dikunci dan kami perlu mengesahkan anda pemilik yang sah

Sekiranya akaun anda kelihatan seperti mempamerkan tingkah laku automatik yang melanggar Peraturan X, kami boleh mengunci akaun ini dan meminta supaya anda mengesahkan bahawa anda pemilik sah akaun tersebut.

Untuk membuka kunci akaun itu:

  1. Log masuk ke akaun anda.
  2. Cari mesej yang memberitahu anda Akaun anda telah dikunci.
  3. Klik atau ketik Mula.
  4. Masukkan nombor telefon anda. Harap maklum bahawa kami akan mengaitkan nombor telefon ini dengan akaun anda.
  5. Kami akan mengirim mesej teks kepada anda, atau anda akan menerima panggilan telefon, dengan kod pengesahan. Penghantaran kod ke telefon anda mungkin memakan masa beberapa minit.
  6. Setelah anda memasukkan kod pengesahan, klik atau ketik Serah untuk membuka kunci akaun anda.

Jika anda ada alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda, kami juga telah menghantar arahan ke alamat tersebut. Jika anda tidak melihat e-mel daripada kami, sila semak folder spam, sarap dan sosial anda.

Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan tambahan untuk membuka kunci akaun anda.

Jika akaun anda dalam keadaan ini, orang yang melayari profil anda mungkin melihat mesej yang memberitahu mereka bahawa akaun tersebut telah memaparkan aktiviti luar biasa dan meminta mereka mengesahkan sama ada mereka ingin melihat akaun anda.


Akaun anda disekat, disebabkan akaun ini mungkin telah melanggar Peraturan X
 

 

Jika akaun anda telah disekat disebabkan akaun ini mungkin telah melanggar Peraturan X, anda masih boleh melayari X, tetapi dalam keadaan ini, anda hanya boleh menghantar Mesej Langsung kepada pengikut anda sahaja. Anda tidak akan dapat terlibat dalam tindakan seperti Menghantar post, post semula, atau suka, dan hanya pengikut anda boleh melihat post anda yang lalu.

Kami mungkin meminta anda melengkapkan tindakan tertentu sebelum kami mula mengira detik pada keadaan sekatan anda. Tindakan-tindakan ini boleh termasuk mengesahkan alamat e-mel anda, menambah nombor telefon kepada akaun anda, atau memadam posts yang melanggar peraturan kami.

Untuk memulihkan akaun anda, log masuk dan cari mesej yang memaklumkan anda Kami telah menyekat sesetengah ciri akaun anda buat sementara. Klik atau ketik Mula dan ikut arahan untuk melengkapkan tindakan yang diminta.

Harap maklum: Pelanggaran Peraturan X secara berulangan boleh menyebabkan penggantungan secara kekal.

Jika anda rasa bahawa akaun anda telah disalah sekat, anda boleh membuat rayuan dengan menghubungi pasukan sokongan kami.

Jika akaun anda disekat buat sementara, orang yang melayari profil anda boleh melihat mesej yang memberitahu mereka bahawa akaun tersebut mungkin telah melanggar Peraturan X dan meminta mereka mengesahkan sama ada mereka ingin melihat akaun anda.
 

Sesetengah ciri akaun anda disekat oleh sebab aktiviti yang mencurigakan


Jika akaun anda kelihatan seperti mempamerkan ikutan yang agresif atau interaksi yang agresif (seperti, Suka, post Semula, dan Petik post), yang melanggar Peraturan X, anda akan melihat bahawa ciri akaun anda telah disekat untuk masa yang tertentu.

Anda akan dua pilihan:

  • Guna X dalam keadaan terhad secara sementara untuk tempoh masa tertentu yang tersenarai.
  • Lengkapkan arahan kami untuk mengesahkan nombor telefon atau alamat e-mel anda.
     

Untuk menggunakan X dalam keadaan disekat secara sementara, anda hanya perlu mengklik atau mengetik Teruskan ke X. Semasa keadaan anda yang disekat ini, akaun dan post anda mungkin ditapis daripada tempat tertentu pada X, termasuk daripada hasil carian dan pemberitahuan. Jika anda memilih Teruskan ke X, anda tidak dapat kembali dan memilih sahkan.

Untuk memulihkan akaun anda dengan mengesahkan nombor telefon atau alamat e-mel anda, klik atau ketik Sahkan, dan ikut arahan yang kami sediakan. Mengesahkan nombor telefon dan alamat e-mel anda membantu mengurangkan potensi aktiviti automasi atau berskrip pada X.

Perhatian: Jika akaun anda kelihatan seperti telah terlibat dalam pelanggaran Peraturan X secara berulangan, atau telah berinteraksi secara agresif dengan akaun lain, anda mungkin tidak diberi pilihan untuk mengesahkan melalui telefon. Dalam hal ini, anda hanya akan dapat menggunakan X dalam keadaan terhad untuk tempoh masa tertentu yang tersenarai sahaja.

Cara menyahaktifkan akaun anda yang telah dikunci

Untuk menyahaktifkan akaun anda yang dikunci, sila rujuk kepada artikel penyelesaian masalah kami atau kemukakan permintaan di sini. Permintaan juga boleh dialamatkan kepada senarai hubungan di bawah bahagian "Cara Menghubungi Kami" dalam Dasar Privasi kami.
 

Cara meminta satu salinan maklumat peribadi anda

Akaun yang dikunci boleh mengemukakan permintaan untuk mengakses maklumat mereka di sini. Permintaan juga boleh dialamatkan kepada senarai hubungan di bawah "bahagian Cara Menghubungi Kami" dalam Dasar Privasi kami.

Jika anda rasa bahawa akaun anda telah disalah sekat, anda boleh membuat rayuan dengan menghubungi pasukan sokongan kami.
 

Sesetengah ciri akaun anda disekat buat sementara


Perbualan adalah teras X, tetapi jika kami mengesan tingkah laku yang melanggar Peraturan X atau menghalang keupayaan orang lain yang melahirkan pandangan mereka secara bebas, kami mungkin menyekat ciri akaun tertentu buat sementara. Sebagai contoh, perkara ini boleh bermaksud hanya pengikut anda dapat melihat aktiviti anda pada X, termasuk post, suka, post Semula, dsb. Mengehadkan jangkauan kandungan yang berpotensi menganiaya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan komuniti X yang lebih kukuh.

Apabila anda log masuk dan melihat mesej ini, klik atau ketik Teruskan ke X untuk memulakan kiraan detik untuk memulihkan ciri akaun anda. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang dasar tingkah laku menganiaya X, dan mendapati garis panduan untuk dasar perlakuan penuh kebencian kami.

kongsi artikel ini