Bantuan untuk akaun saya yang telah diceroboh

Jika akaun anda telah diceroboh tetapi anda masih dapat log masuk, halaman ini akan membantu anda melindungi akaun anda dan menghentikan tingkah laku yang tidak diingini. 

 

Adakah akaun saya telah digodam?


Adakah anda:

  • Mengesan post yang luar jangkaan oleh akaun anda
  • Telah melihat Mesej Langsung yang tidak diniatkan dihantar daripada akaun anda
  • Telah memerhatikan tingkah laku akaun yang anda tidak lakukan atau luluskan (suka ikutan, menyahikut, atau menyekat)
  • Telah menerima makluman daripada kami yang menyatakan bahawa akaun anda mungkin telah diceroboh
  • Telah menerima makluman daripada kami yang menyatakan bahawa maklumat akaun anda telah berubah, dan anda tidak menukar maklumat tersebut
  • Telah mengesan kata laluan anda tidak lagi berfungsi dan anda digesa untuk menetapkan semula kata laluan anda

 

Jika anda telah menjawab ya kepada mana-mana yang di atas, sila ambil langkah yang berikut:


1. Ubah kata laluan anda

Sila ubah kata laluan anda dengan serta-merta daripada tab Kata laluan dalam tetapan. Jika anda dilog keluar, pergi ke Log Masuk dan klik Terlupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan anda. Sila pilih kata laluan yang kukuh dan belum pernah anda gunakan sebelum ini. 

2. Pastikan alamat e-mel anda selamat

Pastikan alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda selamat dan anda satu-satunya orang yang mempunyai akses kepada e-mel ini. Anda boleh menukar alamat e-mel anda daripada apl X anda (iOS atau Android) atau dengan melog masuk ke X.com dan melayari tab tetapan Akaun. Layari artikel ini untuk mendapatkan arahan dan mengemas kini alamat e-mel anda, dan lihat artikel ini untuk mendapatkan petua keselamatan akaun e-mel tambahan.

3. Batalkan sambungan ke aplikasi pihak ketiga

Semasa dalam keadaan log masuk, layari Apl dalam tetapan anda. Batalkan akses kepada mana-mana aplikasi pihak ketiga yang anda tidak cam.

4. Kemas kini kata laluan dalam aplikasi pihak ketiga yang anda percayai

Jika aplikasi luar yang dipercayai menggunakan kata laluan X anda, pastikan anda mengemas kini kata laluan dalam aplikasi tersebut. Sekiranya tidak, anda mungkin terkunci keluar buat sementara daripada akaun anda disebabkan kegagalan percubaan melog masuk.

Akaun anda kini hendaklah selamat, dan anda tidak sepatutnya melihat tingkah laku akaun luar jangka selepas ini. Jika anda masih mengalami isu, sila failkan permintaan sokongan untuk mendapatkan bantuan.
 

5. Hubungi Sokongan jika anda masih memerlukan bantuan

Jika anda masih tidak dapat log masuk selepas cuba menetapkan semula kata laluan, hubungi kami dengan mengemukakan Permintaan Sokongan. Pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang anda kaitkan dengan akaun X  yang telah diceroboh; kami akan menghantar maklumat dan arahan tambahan kepada alamat e-mel tersebut. Sewaktu mengemukakan permintaan sokongan anda, sila Sertakan nama pengguna dan juga tarikh kali terakhir anda dapat mengakses akaun anda.


Ketahui lebih lanjut tentang perkara yang boleh anda lakukan jika anda kehilangan akses kepada akaun e-mel yang berkaitan dengan akaun X anda.

 

Lindungi akaun anda dengan langkah berjaga-jaga yang mudah


Jika akaun anda telah diceroboh, ambil langkah berjaga-jaga tambahan ini:

  • Padamkan apa-apa post yang tidak diingini yang telah disiarkan sewaktu akaun anda diceroboh.
  • Imbas komputer anda untuk memastikan sama ada terdapat virus dan perisian hasad, khususnya jika tingkah laku akaun yang tidak dibenarkan terus disiarkan selepas anda menukar kata laluan.
  • Pasang tampalan keselamatan untuk sistem operasi dan aplikasi anda.
  • Sentiasa guna kata laluan baharu yang kukuh yang anda tidak gunakan di mana-mana tempat lain dan sukar diteka.
  • Pertimbangkan untuk menggunakan pengesahan dua faktor. Daripada bergantung kepada hanya kata laluan, pengesahan log masuk memperkenalkan semakan kedua bagi memastikan anda dan hanya anda boleh mengakses akaun X anda.  Ini merupakan ciri keselamatan penting yang menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada akaun anda dan mengurangkan risiko akses tanpa kebenaran dengan ketara.
  • Jangan berkongsi kelayakan log masuk anda dengan sesiapa sahaja sebagai amalan terbaik untuk meminimumkan risiko pencerobohan akaun.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut pada halaman petua keselamatan akaun kami.

 

Bagaimanakah akaun diceroboh? 


Akaun mungkin diceroboh jika anda mengamanahkan nama pengguna dan kata laluan kepada aplikasi atau laman web pihak ketiga berniat jahat, jika akaun X anda lemah disebabkan kata laluan yang lemah, jika virus atau perisian hasad pada komputer anda mengumpulkan kata laluan, atau jika anda berada pada rangkaian yang telah diceroboh.

Kemas kini yang tidak dijangka tidak semestinya bermaksud akaun anda telah diceroboh. Kadangkala, aplikasi pihak ketiga mungkin mempunyai pepijat yang mengakibatkan tingkah laku di luar jangkaan. Jika anda melihat tingkah laku yang pelik, menukar kata laluan dan/atau membatalkan sambungan anda akan menghentikan hal ini, disebabkan aplikasi ini tidak lagi mempunyai akses kepada akaun anda.

Langkah terbaik adalah dengan bertindak secepat yang mungkin jika kemas kini muncul pada akaun anda yang anda tidak siarkan atau luluskan. 

Kongsi artikel ini