Perihal pemulihan akaun


Memulihkan akaun anda jika anda mendaftar untuk Twitter semasa berusia bawah 13 tahun

Twitter meletakkan syarat bahawa pengguna perkhidmatannya hendaklah berusia sekurang-kurangnya 13 tahun. Jika anda mendaftar untuk akaun sebelum anda berusia 13 tahun dan kini anda memenuhi syarat usia minimum kami, maka anda boleh mendapatkan semula akses kepada akaun anda dengan mengalih keluar sesetengah data.

Apabila anda memulihkan akaun anda, maklumat yang dialih keluar daripada akaun anda merangkumi:

  • Tweet yang anda kirimkan sebelum berusia 13 tahun
  • Suka yang anda berikan sebelum berusia 13 tahun
  • Mesej Langsung yang anda hantar dan terima sebelum berusia 13 tahun
  • Butiran profil selain nama pengguna dan tarikh lahir anda
  • Detik, Senarai dan koleksi yang anda simpan

Terakhir: Apabila akaun dibuka kunci, masa sehingga 24 jam atau lebih kurang mungkin diperlukan supaya pengikut dan kiraan ikutan kembali kepada biasa.

Maklumat lain seperti nama pengguna, maklumat hubungan, tarikh lahir, orang yang anda ikut dan orang yang mengikuti anda, tidak akan terjejas. Sebelum meneruskan dengan pemulihan, kami meminta agar anda mengesahkan bahawa maklumat hubungan anda adalah betul.

Selain itu, anda akan dikeluarkan daripada sesetengah tetapan pemperibadian dan perkongsian data. Anda boleh menyemak semua  tetapan privasi dan keselamatan anda dan membuat sebarang perubahan selepas proses pemulihan selesai.

Jika akaun anda layak untuk pemulihan, anda akan digesa untuk memulakan proses tersebut melalui akaun Twitter anda. Proses ini boleh mengambil masa selama 72 jam dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui Twitter dan e-mel apabila akaun anda sudah tersedia.

Harap maklum bahawa apabila akaun anda layak untuk pemulihan, anda mempunyai masa selama 30 hari untuk meneruskan. Selepas tempoh itu, anda tidak lagi boleh mendapatkan semula akses kepada akaun anda.

Jika anda menghadapi masalah dengan pemulihan akaun anda, sila maklumkan kepada kami.

Serah