Cara untuk berkongsi dan menonton video di Twitter

Berkongsi video di Twitter
Terdapat empat cara untuk berkongsi video di Twitter:
Langkah 1

Rakam: Anda boleh merakam, mengedit dan berkongsi video daripada aplikasi Twitter (Twitter untuk iPhone atau Twitter untuk Android OS 4.1 dan lebih tinggi).

Langkah 2

Import: Jika anda menggunakan Twitter untuk aplikasi iPhone atau iPad, anda boleh mengimport video dari peranti anda.

Langkah 3

Muat naik: Anda boleh memuat naik ke twitter.com.

Langkah 4

Bersiaran langsung: Ketahui cara untuk mencipta video langsung terus daripada aplikasi Twitter anda.

Untuk merakam video bagi Tweet
Langkah 1

Untuk berkongsi video secara pantas pada detik itu, ketik ikon kamera dari menu atas atau leret ke kiri dari garis masa.

Ketik dan tahan ikon rakam untuk merakam video.

Anda mempunyai pilihan untuk menambah salinan Tweet dan lokasi.

Ketik Tweet apabila anda sudah bersedia untuk siar atau ketik Tambah pada thread untuk menyambung Tweet itu dengan Tweet terakhir anda dan kemudian tekan Tambah untuk berkongsi Tweet itu.

Langkah 2

Menambah video pada Tweet.
Anda boleh mengetik ikon Tweet  untuk mengambil atau memuat naik video bagi menambah pendapat anda.

Di bawah kotak karangan Tweet, anda akan melihat pilihan pantas untuk menambah video baharu. Video terkini anda daripada galeri akan muncul sebagai pratonton kecil untuk akses mudah.

Ketik ikon kamera untuk  mengambil video.

Anda boleh memangkas panjang video anda dengan mengheret mana-mana bahagian bar di bawah. Panjang maksimum video ialah 2 minit dan 20 saat.

Ketik Pangkas untuk menamatkan edit anda. Anda boleh pratonton video anda dengan mengetik butang main sebelum menghantar video itu sebagai Tweet dan melakukan edit tambahan pada video anda sebelum berkongsi.

Ketik Tweet untuk siar. 

 

Nota: Untuk mengeluarkan video sebelum menghantar Tweet, ketik X pada gambar kecil video.

Langkah 1

Untuk berkongsi video secara pantas pada detik itu, ketik ikon kamera dari menu atas atau leret ke kiri dari garis masa.

Ketik dan tahan ikon rakam untuk merakam video.

Anda mempunyai pilihan untuk menambah salinan Tweet dan lokasi.

Ketik Tweet apabila anda sudah bersedia untuk siar atau ketik Tambah pada thread untuk menyambung Tweet itu dengan Tweet terakhir anda dan kemudian tekan Tambah untuk berkongsi Tweet itu.

Langkah 2

Menambah video pada Tweet.
Anda boleh mengetik ikon Tweet untuk mengambil atau memuat naik video bagi menambah pendapat anda.

Di bawah kotak karangan Tweet, anda akan melihat pilihan pantas untuk menambah video baharu. Video terkini anda daripada galeri akan muncul sebagai pratonton kecil untuk akses mudah.

Ketik ikon kamera untuk mengambil video.

Anda boleh memangkas panjang video anda dengan mengheret mana-mana bahagian bar di bawah. Panjang maksimum video ialah 2 minit dan 20 saat.

Ketik Pangkas untuk menamatkan edit anda. Anda boleh pratonton video anda dengan mengetik butang main sebelum menghantar video itu sebagai Tweet dan melakukan edit tambahan pada video anda sebelum berkongsi.

Ketik Tweet untuk selesai. 

 

Nota: Untuk mengeluarkan video sebelum menghantar Tweet, ketik X pada gambar kecil video.

Nota: Anda juga boleh melaraskan tetapan automain anda daripada bahagian Kebolehcapaian daripada Tetapan dan privasi anda.


Untuk memuat naik dan Tweet video melalui web
 

  1. Gunakan kotak karang atau klik butang Tweet
  2. Klik butang galeri
  3. Pilih fail video yang disimpan pada komputer anda dan klik Buka. Anda akan diprom jika format video bukan format yang disokong. Saiz maksimum fail ialah 512MB untuk Tweet Video tetapi anda boleh memuat naik video lebih panjang daripada 2 minit dan 20 saat dan pangkas video itu sebelum menyertakan video tersebut dalam Tweet.
  4. Lengkapkan mesej anda dan klik Tweet untuk berkongsi Tweet dan video anda. 


Menonton video di Twitter
 

Dalam tab garis masa, Detik, Teroka dan di seluruh Twitter, video natif dan GIF akan automain.
 

Bagaimanakah saya boleh menghentikan video daripada main secara automatik?

Anda boleh menghentikan video daripada main secara automatik dalam tab garis masa, Detik dan Teroka anda dengan menukar tetapan automain video. Tetapan anda untuk automain video boleh dilaraskan secara bebas di twitter.com dan aplikasi Twitter anda (sebagai contoh, anda boleh menetapkan video kepada automain pada peranti iOS anda dan bukan pada web).
 

Untuk melaraskan automain pada Twitter anda bagi aplikasi iOS:

  1. Kemudi ke Tetapan dan privasi anda.
  2. Di bawah bahagian Umum, ketik Penggunaan data.
  3. Ketik Automain video
  4. Anda boleh memilih daripada pilihan yang berikut: 

    Pada selular atau Wi-Fi, Hanya pada Wi-Fi dan Jangan sekali-kali.
     

Untuk melaraskan automain pada Twitter anda bagi aplikasi Android:

  1. Kemudi ke Tetapan dan privasi anda. 
  2. Di bawah bahagian Umum, ketik Penggunaan data.
  3. Ketik Automain video
  4. Anda boleh memilih daripada pilihan yang berikut: Data mudah alih & Wi-Fi, Wi-Fi sahaja dan Jangan sekali-kali.
     

Untuk melaraskan automain pada twitter.com:

  1. Daripada menu utama, klik Lagi kemudian pilih Tetapan dan privasi.
  2. Di bawah bahagian Umum, klik Penggunaan data.
  3. Klik pada Automain, kemudian pilih antara Pada selular atau Wi-Fi atau Jangan sekali-kali.
 

Kapsyen dan sari kata ditutup

Cara untuk melihat kapsyen yang ditutup pada video:

Hidupkan pilihan kapsyen pada tetapan kebolehcapaian peranti anda. Pada iOS, ini akan dilabelkan sebagai Kapsyen Ditutup. Pada Android, ini akan dilabelkan sebagai Kapsyen. 
 

Cara untuk melihat sari kata:
Matikan bunyi peranti anda. Untuk melihat sari kata pada web, ketik pelungsur “CC” pada video.

Nota: Tidak semua video disediakan dengan kapsyen atau sari kata. Pada iOS dan Android, kapsyen akan ditunjukkan secara automatik apabila video dilihat pada garis masa anda. Untuk melihat kapsyen dalam skrin penuh, dayakan kapsyen pada peringkat sistem.

Tutur ke teks dijana menggunakan Perkhidmatan Kognitif Microsoft Azure. 


Menonton video langsung di Twitter
 

Anda boleh menonton video langsung daripada Detik, tab Teroka, trend atau Tweet dari akaun yang telah bersiaran langsung.

Anda juga boleh menonton pemprograman langsung dari Twitter pada Amazon Fire TV dan Apple TV.  Pengguna Xbox dan Android TV boleh menikmati Twitter dengan melancarkan pelayar web mereka dan pergi ke twitter.com.

Apabila menonton video langsung atau ulang tayang, anda boleh berkongsi siaran melalui Tweet, Mesej Langsung atau dengan menyalin pautan. Anda mempunyai pilihan untuk berkongsi seluruh siaran atau siaran itu bermula pada titik tertentu pilihan anda.
 

Cara untuk berkongsi siaran langsung atau ulang tayang:

  1. Dar mod skrin penuh video langsung atau ulang tayang, klik atau ketik ikon kongsi  
    1. Klik atau ketik Kongsi Siaran Langsung (apabila bersiaran langsung) atau Kongsi Dari Mula (apabila dalam mod ulang tayang) ke Tweet, Mesej Langsung atau salin pautan video langsung atau ulang tayang penuh dari mula.
    2. Klik atau ketik Kongsi dari... ke Tweet, Mesej Langsung atau salin pautan video langsung atau ulang tayang bermula pada titik yang dipilih menggunakan bar pilihan.

Anda mungkin akan menghadapi masalah semasa menonton video langsung. Umumnya, menonton daripada sambungan rangkaian yang kuat dan/atau mencuba rangkaian atau pelayar yang berbeza adalah disyorkan. Selain itu, menutup aplikasi atau pelayar dan membuka semula dapat membantu. Untuk hasil yang terbaik, gunakan versi aplikasi atau pelayar yang terkini. Jika anda terus mengalami masalah dengan video langsung, sila beritahu kami.

Langkau ke depan atau belakang

Semasa menonton video, anda boleh dwiketik skrin anda untuk beralih ke belakang dan depan dengan pantas.
 

Cara untuk melangkau dalam video:

  1. Untuk beralih ke depan sebanyak 5 saat, dwiketik pada sisi kanan luar skrin video. 
  2. Untuk beralih ke belakang sebanyak 5 saat, dwiketik pada sisi kiri luar skrin video.

Sebaik sahaja anda telah dwiketik untuk langkau, anda boleh meneruskan arah itu dengan satu ketikan.

Melangkau ke depan dan belakang boleh dilakukan pada masa ini semasa menonton video dalam skrin penuh sahaja.

Nota: Penstriman Kandungan Langsung Premium dan Widget Video Langsung Terbenam bergantung pada kuki dari domain twitter.com lain yang dikenali sebagai twimg.com untuk melakukan dua perkara: memudahkan Pengalaman Video Langsung dan menyampaikan iklan. Jika kuki pihak ketiga dilumpuhkan dalam pelayar anda, Pengalaman Video Langsung tidak akan berfungsi mahupun kami dapat menyediakan iklan untuk menyokong pengalaman tersebut. Pengguna Safari boleh menikmati Penstriman Kandungan Langsung Premium atau Widget Video Langsung Terbenam tanpa menukar tetapan pelayar mereka dengan mengklik butang "benarkan" apabila diprom. Ini akan membolehkan kami untuk menyediakan kuli bagi twimg.com yang akan membantu kami memudahkan Pengalaman Video Langsung dan menyampaikan iklan. Jika anda menggunakan pelayar lain, sila rujuk bahagian bantuan pelayar anda untuk mendapatkan maklumat tentang membenarkan kuki pihak ketiga.

Pemberitahuan tolak untuk video langsung
Jika ada video daripada akaun yang anda tidak ingin terlepas, anda boleh memilih untuk menerima pemberitahuan tolak apabila mereka bersiaran langsung. Menyediakan pemberitahuan terus dari halaman profil akaun adalah mudah.
Langkah 1

Dari profil akaun, ketik ikon pemberitahuan

Langkah 2

Dari mesej timbul, pilih Hanya Tweet dengan video langsung.

Langkah 3

Untuk membatalkan pemberitahuan tolak video langsung, ketik ikon pemberitahuan yang diserlahkan dari  profil akaun dan pilih Tiada.

Jika ada video daripada akaun yang anda tidak ingin terlepas, anda boleh memilih untuk menerima pemberitahuan tolak apabila mereka bersiaran langsung. Menyediakan pemberitahuan terus dari halaman profil akaun adalah mudah.
Langkah 1

Dari profil akaun, ketik ikon pemberitahuan

Langkah 2

Tandakan kotak di sebelah Pemberitahuan akaun

Langkah 3

Dari mesej timbul, pilih Hanya video langsung.

Langkah 4

Untuk membatalkan pemberitahuan tolak video langsung, ketik ikon pemberitahuan yang diserlahkan dari  profil akaun dan pilih Tiada.


Soalan lazim
 

Tweet saya dilindungi. Adakah video saya turut dilindungi?

Jika Tweet anda dilindungi, hanya pengikut anda dapat melihat video anda dalam Tweet anda. Harap maklum bahawa pengikut anda boleh memuat turun atau berkongsi sama pautan ke video yang anda kongsi dalam Tweet yang dilindungi. Pautan ke video yang dikongsi di Twitter tidak dilindungi. Sesiapa dengan pautan tersebut akan dapat melihat kandungan pautan itu. Jika anda tidak mahu sesiapa melihat video anda di Twitter, kami mengesyorkan anda untuk memadam Tweet yang mengandungi video itu.

Adakah video diambil kira dalam had aksara Tweet?

Tidak, video tidak diambil kira dalam had aksara Tweet.

Adakah video menggelung secara automatik di Twitter?

Semua video yang disiarkan ke Twitter yang berdurasi 60 saat atau lebih pendek akan menggelung secara automatik.

Adakah anda boleh menempatkan video pada Twitter?

Anda boleh menempatkan video atau siaran yang telah dirakam terlebih dahulu daripada Twitter anda untuk iOS dan Twitter bagi aplikasi Android. Dengan penempatan video, adalah mudah untuk menonton sambil terus menggunakan Twitter––seperti menatal garis masa anda atau menghantar Mesej Langsung.

Cara untuk menempatkan dan menyahtempatkan video (iOS dan Android):

  • Untuk menempatkan video, hanya ketik pada ikon penempatan (docking) di kanan atas video dalam mod skrin penuh.
  • Untuk kembali ke pandangan skrin penuh daripada video yang ditempatkan, ketik pada video.
  • Untuk membuang video yang ditempatkan, gunakan jari anda untuk melungsurkan video yang ditempatkan ke hujung skrin anda sehingga video itu hilang. Sebagai alternatif, jika anda ketik pada video yang berbeza, video semasa yang ditempatkan akan hilang secara automatik.

Apakah batasan pada resolusi video dan nisbah aspek yang boleh dimuat naik pada web?

  • Resolusi minimum: 32 x 32
  • Resolusi maksimum: 1920 x 1200 (dan 1200 x 1900)
  • Nisbah aspek: julat 1:2.39 - 2.39:1 (inklusif)
  • Kadar bingkai maksimum: 40 fps
  • Kadar bit maksimum: 25 Mbps

Bolehkah saya tag orang dalam video?

Anda tidak boleh tag orang dalam video tetapi pengetegan dalam foto disediakan. Ketahui lebih lanjut tentang pengetegan foto.

Bagaimanakah saya memadam video (selepas menghantar Tweet)?

Anda boleh memadam video dengan cara yang sama anda memadam foto dengan memadam Tweet itu sendiri. 

Adakah saya boleh menghantar video melalui Mesej Langsung?

Ya, anda boleh menghantar video dan GIF melalui Mesej Langsung

kongsi artikel ini