Cara menggunakan Twitter Lite pada Android

Aplikasi Twitter Lite ialah cara yang mesra data dan storan untuk menggunakan Twitter pada telefon pintar. Ciri utama aplikasi Twitter Lite adalah:

  • Dimuatkan dengan pantas pada rangkaian 2G dan 3G. 
  • Meminimumkan penggunaan data — hidupkan mod penjimat data untuk memuat turun imej atau video yang ingin anda lihat sahaja.
  • Menggunakan kurang ruang — dengan saiz pemasangan di bawah 3MB, Twitter Lite tidak menggunakan banyak ruang pada telefon anda.

Nota: Twitter Lite tersedia secara eksklusif di Google Play Store* dan pada masa ini serasi dengan peranti yang menyokong Android versi 5.0 dan ke atas. Jika anda tidak boleh mengakses Google Play Store, anda boleh menggunakan versi web mudah alih Twitter di mobile.twitter.com.


Cara mengurangkan penggunaan data anda
 

Twitter Lite direka bentuk untuk meminimumkan amaun data yang digunakan semasa anda menggunakan Twitter. Anda boleh mengurangkan amaun data yang digunakan oleh Twitter dengan mendayakan mod penjimat data. Kawal media yang ingin dimuat turun dalam masa nyata untuk membantu dalam menjimatkan data. 

  • Ketik foto profil anda untuk mengakses menu sengkang.
  • Ketik togol bersebelahan Penjimat data untuk menghidupkan penjimat data.
     

Dalam mod ini, imej akan dipaparkan sebagai pratonton dan imej besar hanya akan dimuatkan apabila anda meminta imej tersebut. Anda boleh melihat imej dengan mengetik Muatkan imej dalam Twitter Lite.

 

Untuk log masuk atau mendaftar

Untuk bermula, buka aplikasi Twitter Lite setelah dimuat turun.

Untuk log masuk:

  1. Ketik Log masuk.
  2. Masukkan nama pengguna, nombor telefon atau alamat e-mel anda.
  3. Masukkan kata laluan anda.
  4. Ketik Log masuk.
     

Untuk mendaftar bagi akaun baru:

  1. Ketik Daftar.
  2. Masukkan nama penuh dan nombor telefon anda. Jika anda lebih suka menggunakan alamat e-mel anda, ketik Gunakan e-mel pula
  3. Ketik Daftar
  4. Masukkan kata laluan dan ketik Seterusnya.
  5. Jika anda memilih untuk mendaftar menggunakan alamat e-mel, kami mungkin meminta nombor telefon anda. Anda boleh memasukkan nombor telefon tersebut atau mengetik Bukan sekarang.
  6. Masukkan nama pengguna (kami akan mencadangkan beberapa pilihan yang tersedia), kemudian ketik Seterusnya.
  7. Kami akan membantu anda untuk bermula dengan mencadangkan kategori minat dan akaun dalam kategori tersebut.
  8. Jika anda menggunakan peranti Android, anda boleh menerima pemberitahuan tolak. Ketik Hidupkan pemberitahuan untuk menerima pemberitahuan tolak.
  9. Apabila anda bersedia untuk pergi ke garis masa anda, ketik Selesai.


Untuk menyiarkan Tweet
 

  1. Ketik ikon karang Tweet  yang boleh diakses daripada garis masa Laman utama anda, tab carian, tab Pemberitahuan atau profil.
  2. Mula menaip apabila medan menyatakan Apa yang berlaku? 
  3. Jika anda ingin Tweet imej, ketik ikon foto  Anda boleh menambahkan sehingga empat imej pada Tweet anda.
  4. Ketik Tweet untuk menyiar.
     

Nota: Ketahui cara mencipta thread yang mengandungi berbilang Tweet.

Untuk mencari dan mengikuti akaun
 

Untuk mencari akaun:

  1. Ketik ikon carian 
  2. Taipkan nama atau nama pengguna akaun yang anda cari. 
  3. Senarai akaun dan trend cadangan akan muncul apabila anda mula menaip.
     

Untuk mengikuti akaun:

  1. Pergi ke profil akaun dan ketik Ikut
  2. Jika anda melihat Tweet daripada akaun tertentu dan ingin mengikuti Tweet tersebut, ketik Tweet untuk mengembangkan Tweet tersebut, kemudian ketik ikon ikut 
     

Cara menandai Tweet 
 

Gunakan ciri Bookmark untuk menandai Tweet yang ingin anda rujuk kemudian:

  1. Ketik ikon kongsi.
  2. Pilih Tambahkan ke Bookmark untuk menyimpan Tweet bagi dilihat kemudian.

Untuk mengakses Bookmark anda:

  1. Ketik foto profil anda di penjuru kiri sebelah atas untuk mengakses pilihan menu Bookmark.
     

Garis masa Laman utama

  1. Ketik ikon laman utama  untuk pergi ke garis masa Laman utama anda.
  2. Garis masa Laman utama anda termasuk Tweet terkini daripada akaun yang anda ikuti.
  3. Apabila tab Laman utama mempunyai titik biru bersebelahan tab tersebut, terdapat Tweet baru yang menunggu untuk dipaparkan dalam garis masa anda. Tarik garis masa anda ke bawah untuk memuatkan Tweet ini.
  4. Daripada garis masa Laman utama, anda boleh mengetik Tweet individu untuk melihat butiran Tweet tersebut. Dari sini, anda boleh membalas, Tweet semula, Petik Tweet atau menyukai the Tweet.
  5. Apabila anda ingin menavigasi kembali ke garis masa Laman utama, ketik ikon kembali 
     

Pemberitahuan
 

Tab Pemberitahuan ialah tempat yang anda boleh melihat cara pengguna lain di Twitter berinteraksi dengan anda.

  1. Ketik ikon Pemberitahuan  untuk pergi ke garis masa Pemberitahuan anda.
  2. Garis masa Pemberitahuan anda menunjukkan kepada anda Tweet anda yang telah disukai, termasuk Tweet semula terkini (daripada Tweet anda), Tweet kepada anda (balasan dan sebutan) serta pengikut baru anda.
     

Profil dan tetapan
 

Untuk mengakses profil dan tetapan anda, ketik foto profil anda. Dalam menu, anda boleh:

  • Ketik Profil untuk pergi ke profil anda.
  • Untuk mengedit profil anda, ketik Profil, kemudian Edit profil. Dari sana, anda boleh mengedit foto profil, nama penuh, URL, lokasi dan bio anda.
  • Ketik Profil untuk melihat senarai Mengikuti dan Pengikut anda, serta Media anda yang disiarkan dan juga Suka anda.
  • Untuk mengedit tetapan anda, ketik foto profil anda, kemudian Tetapan dan privasi. Dari sana anda boleh mengedit:
  • tetapan Akaun anda, yang termasuk:
    • Nama pengguna
    • Telefon
    • E-mel
    • Kata laluan
    • Keselamatan
    • Data dan kebenaran, yang merupakan tempat yang anda boleh menyemak Data Twitter anda dan aplikasi Dihubungkan
  • tetapan Privasi dan keselamatan
  • tetapan Pemberitahuan
  • Keutamaan kandungan
  • Tetapan Umum, yang termasuk Penggunaan data
     

Cara mendayakan mod gelap
 

  1. Dalam menu atas, ketik ikon profil.
  2. Ketik Paparan.
  3. Di bawah Latar Belakang, pilih Malap atau Padamkan lampu dengan mengetik keutamaan anda. 
  4. Untuk mematikan ciri, pilih Lalai.
     

Mesej Langsung

Baca perihal Mesej Langsung dan Soalan Lazim Mesej Langsung kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Nota: Twitter Lite tidak menyokong respons yang telah ditentukan dalam Mesej Langsung (cth. daripada profil perniagaan). 

*Aplikasi Twitter Lite tersedia di negara berikut: Albania, Angola, Antigua dan Barbuda, Armenia, Aruba, Austria, Azerbaijan, Bahamas, Bahrain, Belize, Benin, Bosnia dan Herzegovina, Botswana, Bulgaria, Burkina Faso, Kemboja, Cameroon, Cape Verde, Côte d’Ivoire, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Fiji, Finland, Gabon, Jerman, Greece, Guinea-Bissau, Haiti, Hungary, Ireland, Itali, Jamaica, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Liechtenstein, Luxembourg, Macedonia (FYROM), Mali, Malta, Mauritius, Moldova, Mozambique, Myanmar (Burma), Namibia, Niger, Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Poland, Qatar, Rusia, Rwanda, Arab Saudi, Senegal, Slovakia, Slovenia, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Tajikistan, Togo, Trinidad dan Tobago, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Uzbekistan, Vietnam dan Zambia.

kongsi artikel ini