Bantuan dengan akaun saya yang telah digodam

Jika anda rasa bahawa anda telah digodam dan anda tidak dapat log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda, sila ambil dua langkah yang berikut:

1. Minta penetapan semula kata laluan


Tetapkan semula kata laluan anda dengan meminta e-mel daripada borang penetapan semula kata laluan. Cuba masukkan semula nama pengguna dan juga alamat e-mel, dan pastikan anda menyemak e-mel penetapan semula di alamat yang berkaitan dengan akaun X anda.

Jika anda dapat log masuk selepas penetapan semula kata laluan, sila semak untuk memastikan sama ada akaun anda telah dicerobohi dan lindungi semula akaun anda.

 

2. Hubungi Sokongan jika anda masih memerlukan bantuan


Jika anda masih tidak dapat log masuk, hubungi kami dengan mengemukakan Permintaan Sokongan. Pastikan anda menggunakan alamat e-mel anda yang berkaitan dengan akaun X anda yang telah digodam; kami akan mengirimkan maklumat dan arahan tambahan kepada alamat e-mel tersebut. Sewaktu mengemukakan permintaan sokongan anda, sila Sertakan nama pengguna dan juga tarikh kali terakhir anda dapat mengakses akaun anda.

Ketahui lebih lanjut tentang perkara yang boleh anda lakukan jika anda kehilangan akses kepada akaun e-mel yang berkaitan dengan akaun X anda.

kongsi artikel ini