Tingkah Laku yang Bersifat Kebencian

Gambaran Keseluruhan
 

April 2023

Anda tidak boleh menyerang orang lain secara langsung berdasarkan bangsa, etnik, negara asal, kasta, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, pertalian agama, umur, ketidakupayaan atau penyakit serius. 

Misi X adalah untuk memberi semua orang kuasa untuk mencipta dan berkongsi idea serta maklumat dan meluahkan pendapat serta kepercayaan mereka tanpa batasan. Kebebasan bersuara ialah hak asasi manusia – kami percaya bahawa semua orang mempunyai suara dan hak menggunakan suara tersebut. Peranan kami adalah untuk memudahkan perbualan awam, yang memerlukan perwakilan pelbagai jenis pandangan. 

Kami memperakui bahawa jika orang mengalami gangguan di X, perkara ini boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk bersuara. Penyelidikan menunjukkan bahawa sesetengah kumpulan orang menjadi sasaran gangguan dalam talian secara tidak adil. Untuk mereka yang dikenal pasti dengan berbilang kumpulan minoriti, gangguan mungkin lebih biasa berlaku, lebih teruk dan lebih berbahaya.

Kami komited untuk memerangi gangguan yang bermotivasikan kebencian, prejudis atau tidak bertoleransi, khususnya gangguan yang berniat menyenyapkan suara orang yang terpinggir sejak lama. Atas sebab ini, kami melarang kelakuan yang menyasarkan individu atau kumpulan dengan gangguan berdasarkan tanggapan penglibatan mereka dalam kategori dilindungi.  

Jika anda melihat sesuatu di X yang anda percaya melanggar dasar ini, sila laporkan kepada kami.

 

Apakah perkara yang melanggar dasar ini?

Kami akan menyemak dan mengambil tindakan terhadap laporan akaun yang menyasarkan individu atau sekumpulan orang dengan apa-apa kelakuan berikut, sama ada dalam post atau Mesej Langsung. 

Rujukan bersifat kebencian

Kami melarang penyasaran terhadap individu atau kumpulan menggunakan kandungan yang merujuk bentuk keganasan atau peristiwa ganas yang menyasarkan kategori dilindungi sebagai sasaran utama atau mangsa, dengan niat untuk mengganggu. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, media atau teks yang merujuk atau menggambarkan:

  • penghapusan bangsa, (mis. Holocaust);
  • lincing.

Hasutan

Kami melarang kelakuan yang menghasut untuk menyasarkan individu atau kumpulan orang yang tergolong dalam kategori dilindungi. Ini termasuk:

  • menghasut ketakutan atau menyebarkan stereotaip berbentuk ketakutan berkenaan dengan kategori dilindungi, termasuk tindakan menyatakan bahawa ahli kategori dilindungi berkemungkinan besar mengambil bahagian dalam aktiviti berbahaya atau haram, mis. “semua [kumpulan agama] ialah pengganas.”
  • menghasut orang lain untuk mengganggu ahli kategori dilindungi dalam atau di luar platform, mis. “Saya jelak dengan [kumpulan agama] ini yang menganggap mereka lebih baik daripada kita, jika ada mana-mana awak ada melihat sesiapa memakai [simbol keagamaan kumpulan agama tersebut], rampas daripada mereka dan siarkan gambar!“
  • menghasut orang lain untuk mendiskriminasi dalam bentuk penafian sokongan terhadap perusahaan ekonomi individu atau kumpulan akibat daripada tanggapan mereka menjadi ahli kategori dilindungi, mis. “Jika anda pergi ke kedai [kumpulan agama], anda menyokong [kata-kata benci], mari kita berhenti memberikan wang kepada [kata benci agama] ini.” Ini mungkin tidak termasuk kandungan yang bersifat politik, seperti komentar politik atau kandungan yang berkaitan dengan boikot atau tunjuk perasaan.

Nota: kandungan yang bertujuan untuk menghasut keganasan terhadap kategori yang dilindungi adalah dilarang di bawah Pertuturan Ganas.

Penghinaan dan Bahasa kiasan

Kami melarang penyasaran orang lain dengan cemuhan berulang, bahasa kiasan atau kandungan lain yang bertujuan merendah-rendahkan, memalukan atau memperkukuh stereotaip negatif atau berbahaya tentang kategori dilindungi. Dalam sesetengah kes, seperti (tetapi tidak terhad kepada) penghinaan, atau kiasan bersifat perkauman/seksis yang teruk dan berulang dengan konteks untuk mengganggu atau menakut-nakutkan orang lain, kami mungkin meminta agar post dialih keluar. Dalam kes lain, seperti (tetapi tidak terhad kepada) penggunaan sederhana dan terpencil dengan konteksnya adalah untuk mengganggu atau menakut-nakutkan orang lain, kami mungkin mengehadkan keterlihatan post seperti yang dijelaskan selanjutnya di bawah.

Penyahmanusiaan

Kami juga melarang penyahmanusiaan kumpulan orang berdasarkan agama, kasta, umur, ketidakupayaan, penyakit serius, negara asal, bangsa, etnik, jantina, identiti jantina atau orientasi seksual mereka.

Imejan Bersifat Kebencian 

Kami menganggap imejan berbentuk kebencian sebagai logo, simbol atau imej yang bertujuan mempromosikan keganasan dan niat jahat terhadap orang lain berdasarkan bangsa, agama, ketidakupayaan, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau asal usul etnik/nasional. Sesetengah contoh imejan berbentuk kebencian termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • simbol yang mengikut sejarah dikaitkan dengan kumpulan berbentuk kebencian, mis. swastika Nazi;
  • imej yang menggambarkan orang lain sebagai kurang daripada manusia atau diubah suai untuk menyertakan simbol kebencian, mis. mengubah suai imej individu untuk menyertakan sifat haiwan; atau
  • imej yang diubah suai untuk menyertakan simbol kebencian atau rujukan kepada pembunuhan besar-besaran yang menyasarkan kategori dilindungi, mis. memanipulasi imej individu untuk menyertakan lencana Star of David kuning, yang merujuk Holocaust.

Media yang menggambarkan imejan berbentuk kebencian tidak dibenarkan dalam video langsung, biografi akaun, profil atau imej pengepala. Semua tika lain mesti ditandai sebagai media sensitif. Selain itu, menghantar imejan bersifat kebencian yang tidak diminta kepada individu merupakan pelanggaran dasar ini. 

Profil Bersifat Kebencian

Anda tidak boleh menggunakan imej atau simbol yang berbentuk kebencian pada imej profil atau pengepala profil anda. Anda juga tidak boleh menggunakan nama pengguna, nama paparan atau bio profil anda untuk melibatkan diri dalam tingkah laku yang menganiaya, seperti serangan yang disasarkan atau meluahkan kebencian terhadap seseorang, kumpulan atau kategori dilindungi.

Adakah saya perlu menjadi sasaran kandungan ini untuk kandungan tersebut dianggap melanggar Peraturan X?

Sesetengah post mungkin kelihatan berbentuk kebencian apabila dilihat secara berasingan tetapi mungkin tidak sebegitu apabila dilihat dalam konteks perbualan yang lebih besar. Misalnya, ahli kategori dilindungi mungkin merujuk diri mereka menggunakan istilah yang lazimnya dianggap kata-kata benci. Semasa digunakan secara konsensual, konteks di sebalik istilah tersebut bukanlah kesat, tetapi cara untuk mendapatkan kembali istilah tersebut yang digunakan menurut sejarah untuk menghina individu.  

Apabila kami menyemak kandungan seperti ini, mungkin kurang jelas sama ada konteks itu adalah untuk mengganggu mana-mana individu berdasarkan status dilindungi mereka, atau jika itu sebahagian daripada perbualan yang dipersetujui. Untuk membantu pasukan kami memahami konteks, kami kadangkala mungkin perlu mendengar secara langsung daripada individu yang disasarkan, bagi memastikan bahawa kami mempunyai maklumat yang diperlukan sebelum mengambil apa-apa tindakan penguatkuasaan.

Nota: individu tidak perlu menjadi ahli kategori dilindungi tertentu untuk membolehkan kami mengambil tindakan. Kami tidak akan meminta orang membuktikan atau menafikan keahlian dalam mana-mana kategori dilindungi dan kami tidak akan menyiasat maklumat ini. 

Apakah yang berlaku jika anda melanggar dasar ini?

Di bawah dasar ini, kami mengambil tindakan terhadap kelakuan yang menyasarkan individu atau keseluruhan kategori dilindungi dengan kelakuan berbentuk kebencian, seperti yang diterangkan di atas. Penyasaran boleh berlaku melalui beberapa cara, misalnya, sebutan, termasuk foto individu, yang merujuk kepada seseorang mengikut nama penuh mereka, dll.

Apabila menentukan penalti pelanggaran dasar ini, kami mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keterukan pelanggaran itu dan rekod pelanggaran peraturan terdahulu individu. Berikut ialah senarai pilihan penguatkuasaan berpotensi untuk kandungan yang melanggar dasar ini:

  • Menjadikan kandungan kurang dilihat di X dengan:
    • Mengalih keluar post tersebut daripada hasil carian, cadangan dalam produk, trend, pemberitahuan, dan garis masa laman utama 

    • Mengehadkan kebolehtemuan post tersebut pada profil pengarang

    • Menurun taraf post tersebut dalam balasan

    • Mengehadkan Sukaan, balasan, post semula, post Petikan, bookmark, perkongsian, pin pada profil, atau kiraan penglibatan 

    • Mengecualikan post tersebut daripada mempunyai iklan di sebelahnya

  • Mengecualikan post dan/atau akaun dalam e-mel atau pengesyoran dalam produk. 

  • Meminta agar post dialih keluar.
    • Sebagai contoh, kami mungkin meminta seseorang untuk mengalih keluar kandungan yang melanggar peraturan dan menjalani tempoh masa dalam mod baca sahaja sebelum mereka boleh post semula.
  • Menggantung akaun yang melanggar dasar Profil Bersifat Kebencian kami.

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai pilihan penguatkuasaan kami

Jika seseorang percaya bahawa penggantungan akaun mereka merupakan satu kesilapan, mereka boleh menyerahkan rayuan.

Kongsi artikel ini