Cara menggunakan pengesahan dua faktor

Pengesahan dua faktor ialah lapisan keselamatan tambahan untuk akaun X anda. Daripada hanya memasukkan kata laluan untuk log masuk, anda akan turut memasukkan kod atau menggunakan kunci keselamatan. Langkah tambahan ini membantu memastikan anda, dan hanya anda sahaja, boleh mengakses akaun anda. Semasa pendaftaran, kami juga akan memastikan anda mengesahkan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda. Dengan cara itu, kami boleh menggunakan alamat e-mel anda untuk perkara seperti berkomunikasi dengan anda untuk memastikan akaun anda selamat.

Setelah anda mendayakan ciri ini, anda akan memerlukan kata laluan, berserta kaedah log masuk kedua –– sama ada kod, pengesahan log masuk melalui apl, atau kunci keselamatan fizikal untuk log masuk ke akaun anda. 

Cara mengesahkan log masuk anda
Untuk iOS:
Langkah 1

Dalam menu atas, ketik ikon profil anda, kemudian ketik Tetapan dan privasi.

Langkah 2

Ketik Akaun, kemudian ketik Keselamatan.

Langkah 3

Ketik pengesahan Dua faktor.

Langkah 4

Terdapat tiga kaedah yang boleh dipilih: Mesej teks, Apl pengesahan, atau Kunci keselamatan.

Langkah 5

Setelah didaftarkan, apabila anda log masuk ke akaun anda, anda akan digesa supaya memberi kaedah dua faktor yang anda guna semasa log masuk sebelum ini, berserta kata laluan anda. Anda juga akan melihat pilihan untuk Memilih kaedah pengesahan dua faktor yang lain. Jika anda ingin meneruskan, hanya ketik gesaan tersebut untuk memilih kaedah yang lain. Ikut arahan pada skrin untuk selesai log masuk.

Untuk mendaftar melalui mesej teks:
Langkah 1

Klik kotak semak di sebelah Mesej teks.

Langkah 2

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian ketik Bermula

Langkah 3

Masukkan kata laluan anda, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 4

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian ketik Sahkan.

Perhatian: Jika anda belum ada nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun anda, kami akan menggesa supaya anda memasukkan nombor itu. Selain itu, anda boleh memilih untuk menyahpilih pilihan ini untuk membolehkan kenalan sedia ada anda mencari anda pada Twitter. 

Langkah 5

Sekarang, kami akan meminta anda supaya memasukkan kod pengesahan yang kami kirim kepada anda melalui mesej teks. Taip atau tampal kod itu, Anda akan melihat skrin pengesahan dengan kod sandaran. Kami mengesyorkan supaya anda menyimpan tangkapan skrin kod ini kalau-kalau anda perlu menggunakannya pada masa akan datang. Ini akan membantu anda mengakses akaun anda jika anda kehilangan telefon bimbit anda atau menukar nombor telefon.

Langkah 6

Ketik Selesai apabila anda selesai dengan skrin ini.

Untuk mendaftar masuk melalui apl pengesahan:
Langkah 1

Ketik kotak di sebelah Apl pengesahan.

Langkah 2

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian ketik Faham.

Langkah 3

Jika digesa, masukkan kata laluan anda dan ketik Sahkan.

Langkah 4

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 5

Anda akan digesa untuk memautkan apl pengesahan anda dengan akaun Twitter anda dengan mengimbas kod QR. (Jika anda belum memasangkan apl pada peranti anda, anda perlu memuat turun satu. Anda boleh menggunakan mana-mana apl pengesahan Kata Laluan Sekali Berasaskan Masa (TOTP) seperti Google Authenticator, Authy, Duo Mobile, 1Password, dsb.)

Langkah 6

Setelah anda mengimbas kod QR tersebut, ketik Seterusnya.

Langkah 7

Masukkan kod yang dijana oleh apl pengesahan anda, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 8

Anda akan melihat skrin pengesahan. Ketik Selesai untuk menyelesaikan persediaan.

Sekarang, melalui apl pengesahan anda, anda boleh melihat dan menggunakan kod untuk log masuk ke akaun Twitter anda.

Untuk mendaftar melalui kunci Keselamatan:
Langkah 1

Ketik Kunci keselamatan

Langkah 2

Apabila digesa, masukkan kata laluan anda.

Langkah 3

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 4

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian ketik Mula.

Langkah 5

Anda boleh sama ada masukkan kunci ke dalam port USB peranti mudah alih anda, atau segerakkan melalui Bluetooth atau NFC. Setelah dimasukkan, sentuh butang pada kunci anda. 

Langkah 6

Ikut arahan pada skrin untuk selesai persediaan.

Langkah 7

Apabila selesai, kunci keselamatan anda akan muncul dalam bahagian Urus kunci keselamatan di bawah Pengesahan dua faktor. Dari situ, anda boleh menamakan semula atau memadam kunci keselamatan anda, dan menambah kunci keselamatan tambahan kepada akaun anda pada bila-bila masa. 

Perhatian: Jika anda menambah kunci keselamatan untuk perlindungan pengesahan dua faktor tambahan, kami tidak lagi memerlukan penggunaan kaedah sandaran lain untuk perlindungan tambahan. Kunci keselamatan boleh digunakan sebagai kaedah pengesahan tunggal anda, tanpa apa-apa kaedah lain dihidupkan.

Jika anda mendaftar masuk dalam pengesahan log masuk sebelum 21 Mac 2016:

Apabila anda log masuk ke akaun anda pada twitter.com atau pada peranti lain menggunakan Twitter untuk iOS, Twitter untuk Android, atau mobile.twitter.com, pemberitahuan tolak boleh dihantar ke telefon anda. Buka pemberitahuan tolak untuk meluluskan permintaan log masuk. Setelah anda meluluskan, anda akan serta-merta dilog masuk ke akaun anda pada twitter.com.

Anda juga mungkin menerima kod log masuk melalui mesej teks SMS. Adan boleh memilih untuk sertai dengan mengklik minta kod dihantar ke telefon anda melalui mesej teks apabila anda log masuk ke akaun anda pada twitter.com.
 

Perhatian: Anda juga boleh meluluskan atau menafikan permintaan log masuk anda daripada dalam apl dengan mengetik Keselamatan; kemudian mengetik Permintaan Log Masuk. Tarik turun pada senarai untuk memuatkan semula permintaan baharu. Permintaan akan muncul pada skrin walaupun anda tidak menerima pemberitahuan tolak.

Cara menutup pengesahan dua faktor:
Langkah 1

Dalam menu atas, ketik ikon profil anda, kemudian ketik Tetapan dan privasi.

Langkah 2

Ketik Akaun, kemudian ketik Keselamatan.

Langkah 3

Ketik peluncur di sebelah kaedah pengesahan dua faktor pilihan anda untuk menutupnya

Langkah 4

Ketik Tutup dua kali untuk mengesahkan pilihan anda.

Untuk Android:
Langkah 1

Pada menu atas, anda akan lihat sama ada ikon menu navigasi  atau ikon profil anda. Ketik mana-mana ikon yang anda ada dan pilih Tetapan dan privasi.

Langkah 2

Ketik Akaun, kemudian ketik Keselamatan

Langkah 3

Ketik Pengesahan dua faktor.

Langkah 4

Terdapat tiga kaedah yang boleh dipilih: Mesej teks, Apl pengesahan, atau Kunci keselamatan.

Langkah 5

Setelah didaftarkan, apabila anda log masuk ke akaun anda, anda akan digesa supaya memberi kaedah dua faktor yang anda guna semasa log masuk sebelum ini, berserta kata laluan anda. Anda juga akan melihat pilihan untuk Memilih kaedah pengesahan dua faktor yang lain. Jika anda ingin meneruskan, hanya ketik gesaan tersebut untuk memilih kaedah yang lain. Ikut arahan pada skrin untuk selesai log masuk.

Untuk mendaftar melalui mesej teks:
Langkah 1

Tanda kotak semak di sebelah Mesej teks.

Langkah 2

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian ketik Seterusnya

Langkah 3

Masukkan kata laluan anda, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 4

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian ketik Sahkan.

Perhatian: Jika anda belum ada nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun anda, kami akan menggesa supaya anda memasukkan nombor itu. Selain itu, anda boleh memilih untuk menyahpilih pilihan ini untuk membolehkan kenalan sedia ada anda mencari anda pada Twitter. 

Langkah 5

Sekarang, kami akan meminta anda supaya memasukkan kod pengesahan yang kami kirim kepada anda melalui mesej teks. Taip atau tampal kod itu, Anda akan melihat skrin pengesahan dengan kod sandaran. Kami mengesyorkan supaya anda menyimpan tangkapan skrin kod ini kalau-kalau anda perlu menggunakannya pada masa akan datang. Ini akan membantu anda mengakses akaun anda jika anda kehilangan telefon bimbit anda atau menukar nombor telefon.

Langkah 6

Ketik Selesai apabila anda selesai dengan skrin ini.

Sekarang, apabila anda log masuk ke akaun anda pada twitter.com atau pada peranti lain menggunakan Twitter untuk Android, atau mobile.twitter.com, kod enam digit akan dihantar melalui mesej teks ke telefon anda untuk digunakan semasa log masuk.

Untuk mendaftar masuk melalui apl pengesahan:
Langkah 1

Ketik kotak semak di sebelah Apl pengesahan.

Langkah 2

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian ketik Mula.

Langkah 3

Jika digesa, masukkan kata laluan anda dan ketik Sahkan.

Langkah 4

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 5

Anda akan digesa untuk memautkan apl pengesahan anda dengan akaun Twitter anda dengan mengimbas kod QR. (Jika anda belum memasangkan apl pada peranti anda, anda perlu memuat turun satu. Anda boleh menggunakan mana-mana apl pengesahan kata laluan sekali berasaskan masa (TOTP) seperti Google Authenticator, Authy, Duo Mobile, 1Password, dsb.)

Langkah 6

Setelah anda mengimbas kod QR tersebut, ketik Seterusnya.

Langkah 7

Masukkan kod yang dijana oleh apl pengesahan anda, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 8

Anda akan melihat skrin pengesahan. Ketik Selesai untuk menyelesaikan persediaan.

Sekarang, melalui apl pengesahan anda, anda boleh melihat dan menggunakan kod untuk log masuk ke akaun Twitter anda. 

Untuk mendaftar melalui kunci Keselamatan:
Langkah 1

Ketik Kunci keselamatan

Langkah 2

Apabila digesa, masukkan kata laluan anda.

Langkah 3

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian ketik Sahkan.

Langkah 4

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian ketik Mula.

Langkah 5

Anda boleh sama ada masukkan kunci ke dalam port USB peranti mudah alih anda, atau segerakkan melalui Bluetooth atau NFC. Setelah dimasukkan, sentuh butang pada kunci anda. 

Langkah 6

Ikut arahan pada skrin untuk selesai persediaan.

Langkah 7

Apabila selesai, kunci keselamatan anda akan muncul dalam bahagian Urus kunci keselamatan di bawah Pengesahan dua faktor. Dari situ, anda boleh menamakan semula atau memadam kunci keselamatan anda, dan menambah kunci keselamatan tambahan kepada akaun anda pada bila-bila masa 

Perhatian: Jika anda menambah kunci keselamatan untuk perlindungan pengesahan dua faktor tambahan, kami tidak lagi memerlukan penggunaan kaedah sandaran lain untuk perlindungan tambahan. Kunci keselamatan boleh digunakan sebagai kaedah pengesahan tunggal anda, tanpa apa-apa kaedah lain dihidupkan.

Jika anda mendaftar masuk dalam pengesahan dua faktor sebelum 21 Mac 2016:

Apabila anda log masuk ke akaun anda pada twitter.com atau pada peranti lain menggunakan Twitter untuk iOS, Twitter untuk Android, atau mobile.twitter.com, pemberitahuan tolak boleh dihantar ke telefon anda. Buka pemberitahuan tolak untuk meluluskan permintaan log masuk. Setelah anda meluluskan, anda akan serta-merta dilog masuk ke akaun anda pada twitter.com.

Anda juga mungkin menerima kod log masuk melalui mesej teks SMS. Adan boleh memilih untuk sertai dengan mengklik minta kod dihantar ke telefon anda melalui mesej teks apabila anda log masuk ke akaun anda pada twitter.com.

Perhatian: Anda juga boleh meluluskan atau menafikan permintaan log masuk anda daripada dalam apl dengan mengetik Keselamatan; kemudian mengetik Permintaan Log Masuk. Tarik turun pada senarai untuk memuatkan semula permintaan baharu. Permintaan akan muncul pada skrin walaupun anda tidak menerima pemberitahuan tolak.

Cara menutup pengesahan dua faktor:
Langkah 1

Dalam menu atas, ketik ikon profil anda, kemudian ketik Tetapan dan privasi.

Langkah 2

Ketik Akaun, kemudian ketik Keselamatan.

Langkah 3

Ketik Pengesahan dua faktor.

Langkah 4

Ketik kotak semak di sebelah kaedah pengesahan dua faktor pilihan anda untuk menutupnya.

Langkah 5

Ketik Tutup untuk mengesahkan pilihan anda.

Untuk Desktop:
Langkah 1

Daripada menu sisi, klik Lagi, kemudian klik Tetapan dan privasi.

Langkah 2

Klik pada Keselamatan dan akses akaun, dan kemudian klik Keselamatan.

Langkah 3

Klik Pengesahan dua faktor.

Langkah 4

Terdapat tiga kaedah yang boleh dipilih: Mesej teks, Apl pengesahan, atau Kunci keselamatan.

Langkah 5

Setelah didaftarkan, apabila anda log masuk ke akaun anda, anda akan digesa supaya memberi kaedah dua faktor yang anda guna semasa log masuk sebelum ini, berserta kata laluan anda. Anda juga akan melihat pilihan untuk Memilih kaedah pengesahan dua faktor yang lain. Jika anda ingin meneruskan, hanya klik gesaan tersebut untuk memilih kaedah yang lain. Ikut arahan pada skrin untuk selesai log masuk.

Untuk mendaftar melalui mesej teks:
Langkah 1

Klik kotak semak di sebelah Mesej teks.

Langkah 2

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian klik Seterusnya

Langkah 3

Masukkan kata laluan anda, kemudian klik Sahkan.

Langkah 4

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian klik Sahkan.

Perhatian: Jika anda belum ada nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun anda, kami akan menggesa supaya anda memasukkan nombor itu. Selain itu, anda boleh memilih untuk menyahpilih pilihan ini untuk membolehkan kenalan sedia ada anda mencari anda pada Twitter. 

Langkah 5

Sekarang, kami akan meminta anda supaya memasukkan kod pengesahan yang kami kirim kepada anda melalui mesej teks. Taip kod itu, Anda akan melihat skrin pengesahan dengan kod sandaran. Kami mengesyorkan supaya anda menyimpan tangkapan skrin kod ini kalau-kalau anda perlu menggunakannya pada masa akan datang. Ini akan membantu anda mengakses akaun anda jika anda kehilangan telefon bimbit anda atau menukar nombor telefon.

Langkah 6

Klik Selesai apabila anda telah selesai dengan skrin ini.

Sekarang, apabila anda log masuk ke akaun anda pada twitter.com , Twitter untuk iOS, Twitter untuk Android, atau mobile.twitter.com, kod enam digit akan dihantar melalui mesej teks ke telefon anda untuk digunakan semasa log masuk.

Untuk mendaftar masuk melalui apl pengesahan:
Langkah 1

Klik kotak semak di sebelah Apl pengesahan.

Langkah 2

Baca arahan gambaran keseluruhan, kemudian klik Mula.

Langkah 3

Jika digesa, masukkan kata laluan anda dan klik Sahkan.

Langkah 4

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian klik Sahkan.

Langkah 5

Anda akan digesa untuk memautkan apl pengesahan anda dengan akaun Twitter anda dengan mengimbas kod QR.(Jika anda belum memasangkan apl pada peranti anda, anda perlu memuat turun satu. Anda boleh menggunakan mana-mana apl pengesahan kata laluan sekali berasaskan masa (TOTP) seperti Google Authenticator, Authy, Duo Mobile, 1Password, dsb.)

Langkah 6

Setelah anda mengimbas kod QR tersebut, klik Seterusnya.

Langkah 7

Masukkan kod yang dijana oleh apl pengesahan anda, kemudian klik Sahkan.

Langkah 8

Anda akan melihat skrin pengesahan. Klik Selesai untuk menyelesaikan persediaan.

Sekarang, melalui apl pengesahan anda, anda boleh melihat dan menggunakan kod untuk log masuk ke akaun Twitter anda. 

Untuk mendaftar melalui kunci Keselamatan:
Langkah 1

Klik Kunci keselamatan

Langkah 2

Apabila digesa, masukkan kata laluan anda.

Langkah 3

Jika anda sudah berbuat demikian, kami akan meminta anda mengesahkan e-mel untuk akaun Twitter anda: Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik Seterusnya. Kami kemudiannya akan menghantar kod pengesahan melalui e-mel. Kembali dalam akaun Twitter anda, masukkan kod dalam gesaan ini, kemudian klik Sahkan.

Langkah 4

Baca gambaran keseluruhan, kemudian klik Mula.

Langkah 5

Anda boleh sama ada masukkan kunci ke dalam port USB komputer anda, atau segerakkan melalui Bluetooth atau NFC komputer anda. Setelah dimasukkan, sentuh butang pada kunci anda. 

Langkah 6

Ikut arahan pada skrin untuk selesai persediaan.

Langkah 7

Apabila selesai, kunci keselamatan anda akan muncul dalam bahagian Urus kunci keselamatan di bawah Pengesahan dua faktor. Dari situ, anda boleh menamakan semula atau memadam kunci keselamatan anda, dan menambah kunci keselamatan tambahan kepada akaun anda pada bila-bila masa.

Anda akan perlu menggunakan versi terkini pelayar yang disokong seperti Chrome, Edge, Firefox, Opera, atau Safari untuk menambah atau log masuk ke akaun anda dengan kunci keselamatan.

Perhatian: Jika anda menambah kunci keselamatan untuk perlindungan pengesahan dua faktor tambahan, kami tidak lagi menghendaki penggunaan kaedah sandaran lain untuk perlindungan tambahan. Kunci keselamatan boleh digunakan sebagai kaedah pengesahan tunggal anda, tanpa apa-apa kaedah lain dihidupkan.

Cara menutup pengesahan dua faktor:
Langkah 1

Daripada menu sisi, klik Lagi, kemudian klik Tetapan dan privasi.

Langkah 2

Klik pada Keselamatan dan akses akaun, dan kemudian klik Keselamatan.

Langkah 3

Klik Pengesahan dua faktor.

Langkah 4

Hapuskan tanda pada kotak semak di sebelah kaedah pengesahan dua faktor pilihan anda untuk menutupnya.


Kata laluan sementara
 

Setelah anda mendayakan pengesahan dua faktor untuk akaun anda melalui X.com, anda akan perlu menggunakan kata laluan sementara untuk log masuk ke X pada peranti atau aplikasi lain yang memerlukan anda memasukkan kata laluan X anda; anda tidak akan dapat log masuk menggunakan gabungan nama pengguna dan kata laluan anda yang biasa. Jika kami mengesan anda akan akan memerlukan kata laluan sementara untuk log masuk, kami akan menghantar melalui mesej teks SMS ke telefon anda. Secara alternatif, anda boleh menjana kata laluan sementara anda sendiri. 

Cara menjana kata laluan sementara di twitter.com
  1. Daripada menu sisi, klik Lagi, kemudian klik Tetapan dan privasi.
  2.  Klik pada Keselamatan dan akses akaun, dan kemudian Keselamatan.
  3. Klik Pengesahan dua faktor.
  4. Klik Kata laluan sementara.

Perhatian: Kata laluan sementara akan tamat tempoh selepas satu jam. Anda tidak memerlukan kata laluan sementara untuk log masuk ke X untuk iOS atau X untuk Android, atau mobile.X.com.

kongsi artikel ini