Peraturan X

Tujuan X adalah untuk memudahkan perbualan awam. Keganasan, gangguan dan jenis kelakuan yang serupa akan menghalang pengguna daripada meluahkan diri mereka serta akhirnya melemahkan nilai perbualan awam global. Peraturan kami adalah untuk memastikan semua pengguna boleh mengambil bahagian dalam perbualan awam dengan bebas dan selamat.
 

Keselamatan

Pertuturan Ganas: Anda tidak boleh mengancam, menghasut, mengagung-agungkan atau meluahkan hasrat untuk keganasan atau kemudaratan. Ketahui lebih lanjut.

Entiti Ganas & Bersifat Kebencian: Anda tidak boleh bersekutu dengan atau mempromosikan aktiviti entiti ganas dan bersifat kebencian. Ketahui lebih lanjut.

Eksploitasi Seksual Kanak-kanak: Kami tidak akan bertolak ansur terhadap eksploitasi seksual kanak-kanak di X. Ketahui lebih lanjut.

Penganiayaan/Gangguan: Anda tidak boleh berkongsi kandungan kesat, terlibat dengan gangguan yang menyasarkan seseorang atau menghasut orang lain untuk berbuat demikian. Ketahui lebih lanjut.

Kelakuan bersifat kebencian: Anda tidak boleh menyerang orang lain berdasarkan bangsa, etnik, negara asal, kasta, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, pertalian agama, umur, ketidakupayaan atau penyakit serius. Ketahui lebih lanjut

Pelaku Serangan Ganas: Kami akan mengalih keluar mana-mana akaun yang dimiliki oleh pelaku individu keganasan, pelampau keganasan atau serangan ganas besar-besaran, dan juga mungkin mengalih keluar post yang menyebarkan manifesto atau kandungan lain yang dihasilkan oleh pelaku tersebut. Ketahui lebih lanjut

Bunuh diri: Anda tidak boleh mempromosikan atau menggalakkan tindakan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri. Ketahui lebih lanjut.

Media sensitif: Anda tidak boleh menyiarkan media yang terlampau ngeri atau berkongsi kandungan ganas atau dewasa dalam video atau dalam profil atau imej pengepala. Media yang menggambarkan keganasan seksual dan/atau serangan juga tidak dibenarkan. Ketahui lebih lanjut

Barangan atau Perkhidmatan Haram Tertentu yang Terkawal: Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang atau untuk meneruskan aktiviti haram. Ini termasuk menjual, membeli atau memudahkan transaksi barangan atau perkhidmatan haram, serta jenis tertentu barangan atau perkhidmatan terkawal. Ketahui lebih lanjut.

Privasi

 

Maklumat Peribadi: Anda tidak boleh menerbitkan atau menyiarkan maklumat peribadi pengguna lain (seperti nombor telefon dan alamat rumah) tanpa keizinan dan kebenaran yang jelas daripada mereka. Kami turut melarang ancaman untuk mendedahkan maklumat peribadi, atau menggalakkan orang lain berbuat demikian. Ketahui lebih lanjut.

Kebogelan Tidak Konsensual: Anda tidak boleh menyiarkan atau berkongsi foto atau video intim seseorang yang dihasilkan atau diedarkan tanpa keizinan mereka. Ketahui lebih lanjut.

Pencerobohan Akaun: Anda tidak boleh menggunakan atau cuba untuk menggunakan kelayakan, kata laluan, token, kunci, kuki atau apa-apa data lain untuk log masuk atau mengakses, menambah, memadam atau mengubah suai maklumat peribadi atau ciri akaun mana-mana akaun X yang selain akaun milik anda (atau akaun yang anda telah diberikan kebenaran secara langsung untuk berbuat demikian melalui kebenaran Pasukan X, kebenaran OAuth atau mekanisme yang serupa). Ketahui lebih lanjut.

Kesahihan


Manipulasi Platform dan Spam:
Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan X dengan tujuan untuk menyebarkan atau meredamkan maklumat secara palsu atau terlibat dalam kelakuan yang memanipulasi atau mengganggu pengalaman pengguna lain di X. Ketahui lebih lanjut.

Integriti Sivik: Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan X untuk tujuan memanipulasi atau mengganggu dalam pilihan raya atau proses sivik lain. Ini termasuk menyiarkan atau berkongsi kandungan yang mungkin mengekang peserta atau mengelirukan orang tentang masa, tempat atau cara mengambil bahagian dalam proses sivik. Ketahui lebih lanjut.

Identiti yang Menipu dan Memperdayakan: Anda tidak boleh menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi untuk menipu, mengelirukan atau memperdayakan orang lain mahupun menggunakan identiti palsu dengan cara yang mengganggu pengalaman orang lain di X. Ketahui lebih lanjut.

Media Rekaan dan yang Dimanipulasi: Anda tidak boleh berkongsi media rekaan atau yang dimanipulasi secara memperdayakan yang berkemungkinan akan mengakibatkan bahaya. Selain itu, kami mungkin melabelkan post yang mengandungi media rekaan dan yang dimanipulasi bagi membantu pengguna memahami kesahihan post tersebut dan untuk menyediakan konteks tambahan. Ketahui lebih lanjut.

Hak cipta dan Tanda dagangan: Anda tidak boleh melanggar hak harta intelektual orang lain, termasuk hak cipta dan tanda dagangan. Ketahui lebih lanjut tentang dasar tanda dagangan dan dasar hak cipta kami.

Pengiklanan pihak ketiga dalam kandungan video


Anda tidak boleh menyerahkan, menyiarkan atau memaparkan apa-apa kandungan video pada atau melalui perkhidmatan kami yang mengandungi pengiklanan pihak ketiga, seperti iklan video sebelum permulaan video atau grafik penajaan, tanpa mendapatkan persetujuan daripada kami terlebih dahulu.


Penguatkuasaan dan Rayuan


Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan kami terhadap penguatkuasaan, termasuk kemungkinan akibat kerana melanggar peraturan ini atau percubaan untuk memintas penguatkuasaan, serta cara membuat rayuan.

Kongsi artikel ini